Wednesday, November 30, 2011

Weeding Yang Indah

Bahau, Negeri Sembilan.

27 November 2011 - Hari perkahwinan yang ditunggu-tunggu. Hari yang membuatkan dua hati menjadi satu. Sudah lama aku menunggu tarikh keramat yang sebenarnya aku sendiri pun lupa tetapi berjaya diingatkan oleh sahabat karibku, Zaid.

Tarikh yang juga membuatkan semua kawan-kawanku berkumpul dari semua negeri di satu tempat. Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan. Ibarat reunion setelah lama tidak berjumpa rakan-rakan lama.

Tarikh yang juga menyebabkan kegembiraan ikhlas terpancar dari lubuk hati aku sendiri

Tarikh yang juga aku melihat bekas kekasih aku berkahwin dengan orang yang paling aku setuju, iaitu kawan baik aku, Mohd Arif Halim bersama pasangannya Ica Palepi bt Hj Kasri 


arep mase bujang


Ye betul, aku mengahadiri majlis perkahwinan ex-girlfriend aku sendiri yang telah aku couple selama hampir 2tahun semasa aku study di Port Dickson dulu.


Aku dan dia berpisah atas sebab aku yang meminta perpisahan iu berlaku. Berlindung disebalik alasan aku yang bosan dengan dia, tetapi hakikat sebenarnya, aku yang langsung tidak pandai menghargai perempuan baik.

Kami berpisah sewaktu aku sedang menjalani praktikal di Continental Sime Tyre di Jalan Tandang, Petaling jaya. Manakala Ica pada masa itu, masih lagi berada di Politeknik Port Dickson untuk semester ke-3. Jarak kami yang jauh menyebabkan aku tiada masa untuk selalu berjumpa dan meluangkan masa dengan Ica.

Masa yang berkualiti antara aku dan Ica sudah hampir kepada tiada.
Dan antara sebab sebenar ialah, aku telah berkenalan dengan seseorang. Dan seseorang ini duduk berdekatan dengan kawasan perumahan aku

Hubungan jarak jauh kami tidak dapat bertahan, walaupun aku pernah berjanji yang aku akan setia dengan Ica seorang, dan Ica seorang sahaja yang aku sayang. Aku juga akan membuatkan Ica bahagia dan selesa selagi aku dan Ica masih bersama.

Tetapi sayang, takdir tetap menentukan segala-galanya.

Hubungan kami makin pudar, dan aku seringkali menyakitkan hati Ica dengan tidak melayan Ica sepertimana kegembiraan yang kami selalu kecapi dulu.
Ica tidak putus-putus tanpa lelah menghubungi aku siang dan malam bertanyakan khabar, tetapi aku hanya menjawab dengan sambil lewa dan endah tak endah.
Aku mengambil keputusan untuk berpisah sebab aku tidak mahu lagi menyakiti hati Ica dan demi tidak melanggar janji aku padanya.
Jujur aku katakan, itulah sebab sebenar aku meminta putus. Sebab dan alasan yang sangat bodoh kerana aku tidak mempertahankan apa yang aku ada pada masa itu.

Jika bermain-main difikiran, siapakah gerangannya 'seseorang' itu. 'Seseorang' yang dimaksudkan itu bukanlah orang ketiga yang menjadi punca perpisahan kami. Dia hanyalah seorang kawan dan kami langsung tiada apa-apa hubungan istimewa. 

Kita seringkali mengabaikan apa yang kita ada di depan mata, tetapi amat terasa setelah kehilangan apa yang sepatutnya sangat berharga pada kita



φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ


Dari Petaling Jaya, aku datang berdua ditemani sahabat yang aku rapat, Nas. Kami datang sehari lebih awal daripada tarikh Arif dan Ica sepatutnya bersanding di Bahau. Khas untuk berjumpa dengan rakan-rakan jauh aku yang datang dari selatan tanah air dan kami semua berkumpul di tengah, iaitu Seremban. Kami lepak sampai pagi dan tumpang tidur di rumah rakan yang juga kawan sekelas aku sewaktu belajar dahulu.

Pada esok tengah harinya, kami sampai pada majlis persandingan sebelah lelaki di Bahau pada pukul 1.00 tengahari. Ohhh, majlis sebelah wanita telah dibuat pada 26 November 2011 di Jijan, Negeri Sembilan. Aku tak dapat hadir pada tarikh itu sebab........aku memang tak dapat hadir

Dari mula hingga akhir majlis, aku  langsung tidak menanggalkan cermin mata hitam yang melekat dimata sehingga aku dipersenda oleh Janggut kerana tetap memakai spek mata walaupun dibawah khemah.

Aku sangat poyo katanya. Biarlah dia, aku tidak kisah, dia tidak tahu cerita sebenar.

Aku sempat bergambar beramai-ramai di pelamin dan bersalam berpelukan dengan pengantin lelaki.
Sambil-sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakan dan pengantin di depan pelamin, mata aku sempat menjeling berulang kali ke arah pengantin perempuan.

Kenapa mata Ica berair.? Ica menangis.?

Aku tidak tahu sebab apa mata dia basah tetapi apa yang aku tahu, mata aku turut mengalami benda yang sama. Nasib aku amat baik kerana aku dilindungi cermin mata gelap dan perasaan aku dikaburi oleh gelak dan ketawa yang tercipta semasa bergaul dan bergambar dengan rakan-rakan lain sewaktu di depan pelamin..


φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ



Amin, Alhamdulillah.......

Arif dan Ica selamat juga disatukan menjadi sepasang suami isteri yang sah.

Tiada apa yang aku doakan melainkan kebahagiaan sahabat baikku di dunia dan diakhirat. Semoga Arif dan Ica berkekalan hingga ke anak cucu dan selalu bahagia

Kehadiran aku ke majlis ini tidak lebih dari hanya mendoakan kebahagiaan kawan-kawan dan juga ingin melihat dengan mata sendiri hari yang menjadi kebahagiaan untuk Ica

Mungkin Ica pernah berfikir begini........

Tuhan menemukan kita dengan teman yang salah adalah supaya kita dapat bertemu dengan teman yang lebih baik dan sangat sesuai dengan kita


φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ   φ


Apa yang aku suka tentang mereka.???


Mohd Arif bin Halim
Nick - Arep
Asal - Kedah dan Negeri Sembilan
Umur - 23 tahun
Background Study - Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson
Pekerjaan - Technician, RTM
** Sahabat susah dan senang, gelak bersama menangis bersama, sangat rajin bila sudah komited, suka gelak dan ketawa, menjadi kegilaan ramai perempuan di Politeknik, pandai mengambil hati, dan banyak lagi**

Ica Palepi bt Hj Kasri
Nick - Ica
Asal - Orang Minang, Negeri Sembilan
Umur - 23 tahun
Background Study - Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson
** Penyabar, setia, tidak kenal erti mengalah**


Antara gambar yang aku curi dari facebook beliau memandangkan aku langsung tak ambil sekeping gambar melalui kamera aku







Terima kasih kawan, kerana membuatkan aku menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya


Antara mereka yang hadir di majlis itu
Apesal gua rasa gua macam resakse.??




Ada macam novel x gua tulis.?
Bahasa acah acah A. Samad Said gittewwww....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...