Saturday, January 28, 2012

Pelaburan Dalam Saham Syarikat Adakah Selamat.??

Selama ini aku banyak cuba untuk ambil tahu tentang info2 dari mana mana ruang untuk buat investment.
Ada banyak ruang untuk orang ramai melabur ni sebenarnya.
  1. Amanah Saham Bumiputera
  2. Hartanah
  3. Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB )
  4. Pelaburan Emas
(** link itu semua akan redirect kepada entry aku yang lama. Maaf kalau tulisan agak kelam kabut dan susah nak baca sebab aku tukar2 theme **)

Malam semalam aku lepak dengan member2 kat port biasa kitorang kat Canai SS15. Keluar lah juga beberapa topik tapi ada topik yang menarik minat aku. Ada beberapa pertanyaan yang kuat bermain dalam kelapa   kepala  aku dari malam tadi sejak topik tu dipetik

Skim Pelaburan Emas dalam Saham Syarikat

 Pernah dengar konsep ini.?

Apa yang aku dapat tahu ini bukan MLM walaupun konsep lebih kurang. Kawan aku memperkenalkan nama company ini dalam melabur emas

Virgin Gold Mining Corporation ( VGMC ) 

Merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelabur untuk membuat pelaburan saham ke atas syarikatnya. VGMC juga menawarkan pulangan dividen 10% - 20% setiap bulan kepada pelabur-pelabur syarikat . Betul, mata korang xsilap baca.. Setiap Bulan.! Bagi mereka yg biasa melabur dalam saham ASB yg menjanjikan pulangan 7% - 8% dalam masa 12bulan. VGMC bagi dividen setiap bulan sampai anak bini semua jadi gemuk sebab dividen melampau lampau.

VGMC juga menawarkan insentif tambahan kepada pelabur yang membawa masuk pelabur baru dan mereka ini dipanggil introducer . Sangat menarik bukan.?
Boleh layari website VGMC di sini

Virgin Gold Mining Corporation adalah sebuah syarikat berdaftar di Panama ( kawasan bagi mereka yang ingin lari dari cukai ).

Virgin Gold Mining Corporation
Torre Global Bank Building, 
Calle 50 & Calle 58 Este,
Piso 31, Oficina 3105,
Panama City, Republic of Panama,
Tel : +507-8365099



Virgin Gold Mining Corporation setakat ini masih lagi membayar dividen berterusan kepada para pelabur.
Continuous Monthly Dividend.!! Duduk rumah gosok perut buncit saje dah dapat pasif income tiap bulan. Sangat seronok.!!





Menurut ahli mereka, VGMC hanya menunggu masa untuk masuk ke pasaran Wall Street berkemungkinan pada 2015 nanti.

Macam biasa, my curiosity is kicking hard again...

Betul ke macam ni punya senang nak jadi kaya? Istilah bukan senang nak senang kuat bermain dalam kepala..Aku masih lagi percaya dengan emas fizikal  tapi, kalau betul apa yang dikhabarkan pasal Pelaburan Emas dalam Saham Syarikat VGMC, apa salahnya kan.???

Tapi, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Ada beberapa badan yang memantau pergerakan mereka ini

  1. Investor Alert : Pre-IPO Investment Scam from U.S Securities and Exchange Commission 
  2.  Warns of Facebook-Linkeed Pre-IPO Scam from Financial Industries Regulatory Industries

Kalau semak di laman web VGMC, nama bagi jawatan President, CEO, dan Vice President of Finance adalah Kenneth Elinger 

3 Jawatan dalam sebuah syarikat.?
- Teradpat kuasa Veto disini, biasanya jawatan penting dipegang oleh berlainan pihak bagi mengelakkan keputusan yang salah dalam menentukan halatuju sebuah syarikat.

Tetapi, kalau semak pula di laman web Panama Offshore Services , ini pula yang anda akan nampak


 
GERASIMO SAMUDIO 
- Individu yang bertanggujawab menjadi Director kepada berpuluh company ( klik link pada nama beliau untuk makluman lanjut )


Virgin Gold Mining Corporation tiada lombong emas.!!!
Tiada Lombong emas yang didaftarkan atas nama Virgin Gold Mining Corporation. Selepas diselidik satu persatu dalam List of Mining Companies , nama itu tidak wujud...


Amaran telah dikeluarkan untuk syarikat yang membuat skim pelaburan saham

1. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 




2. Singapore Government





Aku pernah cakap tadi, yang sebenarnya aku masih lagi percaya dengan emas fizikal. Ada banyak sebab kenapa aku percaya dengan emas fizikal dan bukan pelaburan saham emas


1. Inflasi 
- definisi : Penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalam sebuah ekonomi 

2. Aset
- Nilai kekayaan sebuah negara bergantung kepada simpanan emas yang ada dalam sebuah negara

3. Matawang
- Terlalu banyak pengeluaran wang kertas dan terlalu banyak susut nilai dalam sesuatu barangan menyebabkan wang kertas semakin tidak berharga dari masa ke semasa.

4. Fakta
- Mengapa syarikat2 ini mengumpul emas.? sebab mereka tahu hanya emas yang bernilai sahaja yang mampu menyelamatkan ekonomi mereka dalam 20-30 tahun akan datang dan mengaburi pandangan orang ramai supaya melabur dalam syarkat mereka supaya mereka mampu menyuntik modal untuk mereka mengumpul lebih banyak emas untuk mereka sendiri



Jadi, masih lagi berani hendak melabur dalam pelaburan emas saham syarikat.??

Kalau masih lagi x setuju, boleh rujuk di artikel ini disini ==>> klik je haaaaa

Bagaimanapun, ada juga berita daripada VGMC kat sini yanng mungkin mengubah persepsi.
Jadi, what say you.???



sekiaaaaaaaannn.....


Credit to : EmasKini.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...