Thursday, August 25, 2011

perempuan suka buat macam ni ke.?

ada orang pernah cakap dekat aku, lelaki kalau menangis depan lelaki lain, maknanya itu serius dan bukan sesuatu yg main-main....
lelaki kan, kalau menangis..bukan bererti lelaki tu lembut atau lemah.

its just simply a way to express our own sadness behind our high wall
it is something rare to see a guy show their manly tears to other people..... 



kalau dalam kes kapel2 nii canne pulak.? pernah kena macam ini sebelum ni.??

tapi ape yg aku nak cakap kat sini bukan AKU okayy...
diulangi..bukan AKU...!! hoho

  • bila perempuan yg disayanginya anggap lelaki tu tidak wujud
  • bila perempuan yg disayanginya bermesra, berpelukan, dan curang dengan lelaki lain dengan alasan, mereka tu cuma sekadar kawan
  • bila perempuan yg disayanginya  cuma berpura-pura sayang kat lelaki tu
  • bila perempuan yg disayanginya bukan sayang dengan ikhlas tapi cuma mempergunakan lelaki tu untuk kepentingan diri sendiri
  • bila perempuan yg disayanginya mempergunakan lagi lelaki itu dan gunakan lagi lelaki itu
  • bila perempuan yg disayanginya langsung x nak hargai sume pengorbanan lelaki tu
  • bila perempuan yg disayanginya pergi kat lelaki lain yang lebih sempurna dari lelaki itu
pondan ke lelaki tu kalau menangis sebab2 macam ni.???

btw, do u know the exact meaning of ABCDEFG from a guy who had his heart broke.?

ABCDEFG
A Boy Can Do Everything For Girl

GFEDCBA
Girl Forgot Everything Done & Catches (new)Boy Again

LOL

cam pondan pun ade ye takk klo nangis2 camni.?
mari berjiwang sekali sekala pun carrek jugak
dalam hati ada taman
muka jee legend tapi hati jambu
hahhhhaaa 

Tuesday, August 23, 2011

rabun ke kak.??

pada korang yg mengalami rabun  dekat / jauh tapi masih lagi tanak mengaku dan masih lagi degil nak pakai cermin mata mahupun contact lense..
sila pandang gambar dibawah dengan serious seperti tahap serious anda semasa berak..

kalau mata yg normal, akan nampak gambar Einstein
orang2 yg rabun  akan nampak gambar  Lisa Surihani     Marilyn Monroe
kalau nampak jugak gambar Einstone, cuba bergerak kebelakang sikit...


cuba cuba cuba cuba..jangan degil....


wonders of the world

LOL. i honor these as another few wonders of the world..
behold ....

1.)  RAMREE ISLAND


 lokasi : Burma
kematian besar manusia yg pernah dicatat  buku 555  hasil usaha daripada lebih dari 1000 buaya darat  air masin menyerang manusia in a single attack. Menyebabkan 900 askar jepun hilang dari WWII. 20 askar ditangkap askar British, 500 yg lain berjaya lari. Baki daripada tu...kene NGAP..
Pulau ni jugak tempat askar Jepun bertempur selama 6 minggu dalam Battle of Ramree Island,Feb 9, 1945
 Selain daripada Pavillion, KL port2 buaya  darat  ni jugak menjadi port kpd jumlah besar kala jengking ngn nyamuk tropikal
 Serangan buaya Ramlee  Ramree dicatatkan sejarah sbg "the greatest disaster suffered from animals" dalam Guiness World Book of Records.

 2.) THE DOOR TO HELL

lokasi : Turkmenistan
orang2 kampung Darvaza panggil tempat ni pintu ke neraka disebabkan api yg sentiasa marak dan xpernah padam selama 40 tahun. tahun 1971, geologist yg menjalankan kajian tanah telah menjumpai gua bawah tanah yg luas dan disebabkan itu, bunbung gua itu runtuh bersama dengan kelengkapan menggali sekali.
 Disebabkan bengang dengan kekerekan menjadi jadi dari siling gua yg runtuh tersebut, geologist membakar gua yg dah jadi kawah tu sambil ketawa dengan bongkak selain disokong oleh fakta yg  kawah seluas 70 meter itu dihuni oleh jumlah metana yg banyak.
Okayyy..sebenarnya... disebabkan takut dengan jumlah gas beracun yg melampau,gelogist bakar tempat tu dengan harapan api yg membakar metana itu akan padam selepas beberapa hari. Tapi, dah nasib..Geologist tu dulu pun, suka monteng kelas Matematik Tambahan macam aku dan menyebabkan jangkaan beliau silap. Api tu xpernah terpadam dan masih lagi membara hingga harini.

3.) YUNGAS ROAD

 lokasi : Bolivia
 North Yungas Road yg sepanjang 69km yg menghubungkan La Paz dan Coroico. Laluan utama ni menjadi legend sebab telah makan lebih 200 - 300 nyawa saban tahun. Apa yg menyebabkan jalan ni angker dan menjadi jalan pembunuh no 1 dunia adalah ....
dengan kelebaran jalan tidak lebih 3.2 meter, tiada penghadang jalan, jalan tidak diselaputi tar dan nikotine  lagi2 kalau waktu hujan jalan akan dipenuhi dengan lumpur, hampir setiap minggu boleh nampak bangkai kenderaan yg jatuh dari sini. FUUUUUU
apa kata drifter2 sekalian.? berani nak test skill drifting masing2.??

4.) ALNWICK POISON GARDEN


lokasi : United Kingdom
disebalik pintu yg dikunci,kebun ini fully utilized untuk penanaman tanaman yg merbahaya dan boleh membunuh. Tanaman2 yg pelik termasuklah 'flame-shaped beds which contains belladonna,tobacco,mandrake,canabis and cocain'
memang seronok kalau kaki2 weed dapat petik weed kat sini. Heaven ouhhhhhh...!
tapi toksah nak berangan, Alnwick Garden ni ada lesen khas Home Office for planting these deadly plants.
aku rasa sini lah idea asalnye game 'Plant vs Zombie' tuh kan.?


5.) ASBESTOS MINE


lokasi : canada
Asbestos adalah gabungan mineral silika yg digunakan utk exploit for their desirable physical properties. 
Bila dah terdedah terlalu lama dgn asbestos fiber ni boleh menyebabkan kanser yg serious.
disebabkan ini, Quebec-based LAB Chrysotile dah umumkan cuti raya sampai lebam kat sume pekerja lombong tu..PEHHHHH

6.) SOCOTRA

lokasi : Yemen
Selain daripada port lepak atas divider divider kt highway Karak. Port ini juga diminati oleh alien dan jin nak bertendang. Dengan iklim yg kering, xde 1 pun tumbuhan kat sini yg dapat kita jumpa kat tempat lain.
Antara tumbuhan pelik yg ada kat sini, Dragon Tree Blood, pokok berbentuk Payung yg diluar tabi'i, ade jugak pokok2 da haiwan pelik yg lain wujud kt sana termasuklah  Didier Drogba dan  Sir Alex Ferguson.

7.) ROTORUA


lokasi ; New zealand
Bandar Rotorua dikenali sebagai bandar yg aktif dgn akitiviti biotermal. Dengan jumlah geyser yg melimpah ruah, dan kolam lumpur yg sentiasa menggelegak tahap dewa, adalah port yg paling sesuai untuk korang berendam dalam tu untuk menyucikan dosa kuat hisap weed.
Disebabkan oleh aktiviti panas senggama Bumi, kolam lumpur dan geyser ini banyak membebaskan sebatian sulfur ke atmosfera dan meninggalkan bau tungkik pada sesiapa yg suka menghidu

8.) MOUNT RORAIMA

lokasi : Venezuela,Brazil and Guyana
Tengok pun dah tahu yg bentuk permukaan gunung ni macam meja makan. Dengan ketinggian rata 400meter dari paras aku cangkung, menjadikan gunung ini hanya boleh didaki oleh pendaki yg berpengalaman. Kat atas ni, hujan turun hampir setiap hari dan menyebabkan kejadian tanah runtuh macam kat Bukuit Antarabangsa tu perkara biasa.
Hujan yg selalu turun menyebabkan terhasilnya Air Terjun Angel yg lokasinya 130km dari gambar ini diambil.
oh, sebelum aku lupa,atas ni juga ada spesies unik macam kat Alnwick Garden, periuk kera karnivor ( pelik.?? )

9.) SNAKE ISLAND ( Ilha de Queimada Grande )


lokasi : Sao Paulo,Brazil
Antara pulau yg susah dimasuki manusia. Anggaran ada 1 hingga 5 ekor ular setiap meter persegi.
Dalam pulau ni jugaklah, lahirnya Dajjal,    Doraemon   Golden Lancehead antara ular yg paling berbisa lebih daripada bisa yg keluar daripada mulut Kak Rokiah yg suka mengeluarkan kata2 dusta
Dgn adanya ular setiap meter persegi camtu,aku rasa lagi suka kalau aku tengok dalam zoo. boleh jugak aku ketuk2 cermin kandang ular tu kalau aku xsuka kat dia. HAHAHA

10.) GREAT PACIFIC GARBAGE PATCH


Vortex sampah.! lautan pasifik dah jadi tempat pengumpulan sampah. 
Dengan bahan beracun yg terkumpul,dah boleh menyebabkan ekosistem terancam. Setiap hari,volume sampah yg berada di permukaan laut ini semakin bertambah.
Tong pengumpulan sampah yg kecil tu pun aku da xtahan, inikan lagi kalau dah berjuta macam ni.


Save your Environment, Save the World


nilah entry gua yg paling banyak gambar sekali
time 4.41am
okeh,waktu bersahur

Saturday, August 06, 2011

tingkat kan tenaga dari kemurungan

selalu nya, kalau rasa depressed kan.. apa yg korang buat.?
  1. lepak dengan kawan-kawan.?
  2. buat2 gelak besar padahal dalam hati ada luka tapi bila dah balik rumah,rasa sedih balik.?
  3. pegi tengok video lucah  movies.?
  4. makan.? berak.? tido.? berak.?
jangan salah faham, depressed yg aku maksudkan kat sini bukan sebab gaduh ngn awek ke ape.
lets talk about it in generals
  1. kena marah dengan bos.?
  2. xdapat apa yg aku nak sangat pada waktu tu.?
  3. lisa surihani busy sampai xde mase untuk bercanda-canda ngn aku
  4. lisa surihani touching sebab xdapat makan bakso masa lepak kat kokdiang
  5. bla bla bla bla...
ada beberapa cara canne nak tingkatkan nafsu shahwat  tenaga / mood bila kita rasa depressed.
semua orang tahu pasal canne nak buatkan diri sendiri gembira ni kan.?

fill your body with positive energy
  •  JANGAN berikan kuasa membuat keputusan kat tangan orang lain. cukup dengan mintak pendapat je..  kalau benda2 ni xberlaku macam ape yg diharapkan, cuba tukar cara lain and view back ur beliefs. take responsibility of ur own life bro.
  • JANGAN baca / dengar / tengok  movies, lagu, buku yg boleh buatkan korang rasa down balik. macam lah aku xtahu,asal sedih je mula laaaa layan lagu Westlife ngn Backstreet Boys..kan.? dengarlah benda yg boleh buat kita ceria balik. isi dengan benda yg positif (Control the input to your brain, and you’ll control your output).

  •  JANGAN tengok berita kt Tv. its filled with negativity which lower ur vibrations. aku dah lama give up layan berita kat Tv mainstream ni. lets face it 95% of all news are focused on bad news and 35% of it are only propaganda made my some people. knowledge is power but dont fill urself with negativity
  • get a pet.! bela haiwan peliharaan adalah salah satu cara untuk menaikkan vibration dan boleh buat kita rasa lega. sumbat je bilik tu dengan sugar glider, iguana, kura-kura, kelawar, itik ke. tapi aku,cuma mampu bela talking tom je. apa yg best nye talking tom.? korang boleh rogol tumbok kucing tu kalau rase bengang, dan kucing tu jugak kiut =)  ohhh ya, nama kucing aku Mawi.  korang xrasa mawi tu kiut dan boleh dipukul ke.? awwww sweeeeeett
nama gua Mawi
  •  have fun.! hidup kena lah selalu ceria. apa guna kalau ada kawan2. dapat ceriakan diri tu sekejap pun jadilah, asalkan kepala tu rasa tenang dan boleh fikir dengan baik lepas ni.
  • fokus balik kat apa yg kita nak.! dan bukan fokus kat apa yg kita xnak. rasa bersukur pun salah satu cara nya sebenarnya. bila kita bersyukur dengan 1 perkara, 10 perkara baik akan datang balik kat korang. betul..
  • discover the truth about the meaning of ur life.!! do seek it in discovery channel. jawapannya sentiasa ada kalau kita cari. nak lagi mudah, bentang je tikar sejadah tu. mohon petunjuk. InsyaAllah
  •  help other people. join la aktivist apa-apa yg korang rasa membantu. tp,aku rasa macam malas jugak nk join sebenarnya. baik pegi panjat bukuit kepuit  bukit broga ke bukit kak limah ke lagi best


 mood berbuka yg kenyang

cantik itu satu benda yg subjektif ke.???

semua orang suka benda yg cantik, orang yg cantik, betul.? sebab nya...
  1. human nature
  2. sedap memandang

walaupun ramai yg kata cantik tu satu benda yg subjektif,

" what beautiful for u might not be beautiful for me "
            " the definition of beauty depending on people who judging it"

and so on, and so on....

tapi mesti ramai yg sokong bila aku cakap

taylor swift ade mata yg cantik

anne hathaway punye body senyum bikin gua cair

hans isaac macho

brad pitt yg hot
    














   

dan jake meister.......???

hammboiihhhhh...tuu diaaaaaaaaaaaa...


 erhemmm... ( tangan di dada, mata keatas )


sorry....


jadi, kita mesti  cakap jake meister hensemmmmm   ade persamaan dalam menilai sesuatu benda ni cantik ke x..kan.?
tapi pernah x kita fikir ape yg mencorakkan penilaian kita terhadap benda yg kita panggil cantik ini .?
adakah kekaguman terhadap benda cantik ni dikongsi oleh semua lapisan orang.??
atau
di impose oleh faktor persekitaran, media massa, ataupun kawan-kawan.?


siapa kata . . .

orang yg ada mata macam ni lagi cantik.??
teee veeeeee

orang yg ada dagu macam ni lagi kacak.?
maggggaaazziiiiiiiiiine
orang yg ada macam ni lagi macho.??
jake meisterrrrrr  ...teee heee

erheemmmm.... ( tangan di dada, mata keatas )
 
ohhhhhh back to the topic , sebenarnya orang yg cantik kat dunia ni sikit jee..

         katakanlah, kalau ada 15 orang beratur kat belakang korang masa nak gi  berak   kencing , shiiishiiii  errr, gi toilet kat petrol Shell. da tentu 9 daripada dorang tu x cantik. kalau da termasuk korang, da jadi 31 orang laaa kan...

        tapi disebabkan TV asek tunjuk orang2 yg cantik, magazine asek tunjuk orang2 yg cantik, mesti kita ingat ramai orang cantik dalam dunia nihh. dan cantik ni satu benda yg best bila dapat perhatian.

 dan...secara automatiknya, aku pun terasa nk jadi cantik jugak.
jadi aku guna la bermacam2 produk kecantikan , petua, jamu, semata-mata untuk jadi cantik macam korang.
tapi, kalau paru-paru dah penuh dengan benda ni...

memang laaa akan effect saluran pemparitan pernafasan, arteri, dan secara xlangsung.. kulit
iye, kulit jadi kusam, xbermaya. simbah laa badan dengan air mutlak canne sekalipun, kalau da perokok tegar tu, camtu jugak akhirnya.
iye. marilah kita pakat ramai-ramai berhenti merokok yg sudah semakin mengharamkan tubuh badan ni.

tapi kalau nak sangat jadi cantik tapi taknak keluarkan modal, ambil jela air wudhu', pi solat..
walaupun korang xcantik, orang ramai tetap akan pandang kecantikan dan seri yg ada pada anda.

hargailah diri anda yg sebenarnya.

bukan aku nak kata cantik tu bukan sesuatu yg x bagus
cuma bila kita cuba nak jadi cantik physically ni, ingatlah benda bonus ni cuma sementara.
ape yg kekal adalah peribadi yg cantik

untungnya orang yg da memang asalnya cantik niii kan.? inside...outside..inside and outside
jeles aku

 if u know how to cheer urself,
it doesnt matter how and what people will treat u..
really...
 cherio =)




da pukul 8.00 am
yg mengantuk, yg penat, yg dah kering idea..
selamat malam dan selamat berpuasa
 

Monday, August 01, 2011

bulan puasa 2011

memang lama sangat dahhh aku rasa aku x update blog ni.
ayat ape aku nak mula pun rasenye xberapa pandai laggi cane nak mula
this blog will go under reconstruction when i'll have the mood back soon =)

erhemmm...hari ini sekali lagi aku mula mengaktifkan diri memblogging selepas berapa lama aku menghilangkan diri sebab bertapa di 7 petala langit dan 7 petala bumi demi mencari isi sebenar keganasan  kedamaian... heh heh heh

kebetulan jugak hari ini 1st day Malaysia buat solat tarawikh untuk tahun 2011


  pernah korang fikir x asal usul Nia Ramadhani  Ramadhan ni.?

sebagai bakal Imam Muda musim ke-15 ni,
meh kita flashback sikit ape yg kita tahu pasal bulan yg mulia bagi umat Islam ni

definisi Puasa
Menahan diri tidak makan dan minum serta tidak melakukan hubungan porno selama waktu tertentu.
Puasa sendiri dikenal oleh seluruh bangsa di dunia, seperti Indonesia, Mesir kuno, Tionghoa, Tibet, Arab, dan sebagainya, juga dilakukan oleh hampir seluruh penganut agama, baik Katholik, Kristian, Hindhu ataupun Budha.

definisi Ramadhan 
Puasa di bulan Ramadhan, merupakan bulan untuk renungan  tentang perilaku diri.
mulut-mulut syaitan korang juga hendaklah dijaga dari kata-kata kotor, caci maki, keji-kejian, ayat-ayat celaka, menghina, F word, dan berusaha untuk tidak menyakiti perasaan orang lain.

okayyy, ini...mestilah semua orang pun tahu..kan.??

tapi, ape yg ramai tahu tapi buat2 xtahu..

ramai orang berpuasa, hanya sekadar berpuasa. tapi tiang agama yg penting tu ramai yg x ambik peduli
haaaaa, ni diaaaa kalau siapa2 yg x ingat


Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu)
(5) Menunaikan zakat

benda yg paling best bila dah duduk kat KL ni,macam2 benda yg dapat tengok sebelum mulanya Ramadhan.
mesti korang selalu nampak benda ni kan.?
ni kalau da mula pose =p

 
setting khemah untuk bazar
haaaa...yg lagi awal seminggu dua nk menyetan kan diri sebelum buat amal penuh Rukun Islam tu pun lagi laa banyak. nanti da mula Ramadhan,da xdapat nak enjoy ye x.?










heh heh heh






jangan kata korang, aku pun ngah renungkan same2 ni. lagi2 yg tentang nak complete Rukun Islam tu.
semoga berkat puasa kita tahun ni dan tahun2 depan kan.
**pesanan dari imam muda musim ke-15

selamat berpuasa kepada semua dan semoga murah rezeki selalu =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...