Thursday, November 11, 2010

tips bebas hutang

memandangkan ini topik formal, mari bercerita secara formal dan serius untuk entry kali ini....

hutang satu benda yg memeningkan, betul.???
lagi2 kalau daripada jenis yg liat nk membayar macam sesetengah daripada anda, betul.???

ada berapa ramai antara kamu semua yg beli dan guna apa2 semua guna wang sendiri,,.?

saya ulang....

ada berapa ramai antara kamu semua yg beli dan guna apa2 semua guna wang sendiri tanpa guna wang orang lain,,.?

shopping seluar dan baju, makan kt mapley atau restoran mahal, beli kereta, beli motor, beli awek, beli rumah, biaya pembelajaran untk diploma dan degree..???

ada.???

untungnya bagi mereka..tp, kalau ada diantara anda semua yg guna wang orang lain untuk kegunaan sendiri, ini dikatakan membuat pinjaman/hutang ( loans )

kerana bank bagi dana,bukan menggunakan wang sendiri dari bank, tapi menggunakan wang yg dilabur dan disimpan oleh pelanggan bank itu sendiri dan untuk diberi kepada mereka yg ingin membuat hutang dengan bank dan mereka akan dikenakan faedah ( interest ) yg berbeza bergantung pada institusi itu untuk cover balik wang yg bank dah guna untuk diberi kepada peminjam.

saya juga pernah mengalami perkara sama yg menyedihkan bila nama dah naik ke akaun CTOS =(

bagi mereka yg ingin mencari jalan keluar yg senang tanpa meminjam lagi pinjaman lain untuk melangsaikan hutang lain, meh saya kongsi dengan anda yg berminat

Kriteria Melangsaikan Hutang 

  • semangat yg kuat untuk konsisten
  • rancang betul2 aliran kewangan
  • disiplin 
  • saya berharap supaya penulis blog ini berjaya dengan cemerlang sentiasa di dunia dan akhirat,amin =)

Cara-Cara Selamat Melangsaikan Hutang
  1. periksa rekod perbelanjaan dalam tempoh 12 bulan. setahun adalah jangkamasa terbaik untuk menilai rekod kita. simpan semua penyata bank, resit pembelian, penyata kad kredit dan debit, penyata akad nikah bini baru, atau apa saja penyata yg anda ada. bagi pengaliran wang tunai, rekod dalam buku nota bulanan walaupun diguna semasa hendak membeli burger banjo kak kiah mulut besar yg laser.
  2. kirakan semua jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan.
  3. tuliskan senarai hutang dari A sampai Z. kalau xpasti tentang ansuran rumah, boleh tanya bank untuk kepastian dan selalu kemaskini rekod itu
  4. buat senarai pembayaran minima yg perlu anda commit setiap bulan. katakan, anda berhutang RM2000 sebulan.
  5. periksa dan buat kira2 tentang berapa yg perlu anda bayar untuk bulan2 akan datang dengan menganggap anda tidak ada bayaran tertunggak. ingat, figures never lie..
  6. buat senarai hutang anda. yang sedikit berada diatas sekali, dan yg banyak berada di bawah. contoh: 
  • hutang zakat fitrah dan derma yg belum tertunai = RM 50
  • hutang bil maxis = RM 100
  • hutang nasi lemak ayam dengan kak rosy selama 30hari bulan lepas = RM 150
  • hutang dengan awek sebab nk belanja awek lain = RM 200
  • hutang ASB = RM 500
  • hutang kereta Gen2 cps = RM 550
  • hutang beli rumah = RM 450
     7.   sekarang anda perlu tengok cerita 'istana takeshi' dan jerit seraaaang untuk melangsaikan hutang2 yg mudah dan sering terlupa dahulu. contoh ;
  • hutang dengan Maha Pencipta
  • hutang solat lima waktu sehari
  • hutang doa setiap waktu
  • hutang selalu bersenyum tiap kali ditimpa masalah
  • hutang zikir2 ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
    8.  bila hutang tu semua sudah hampir sempurna, teruskan dengan melangsaikan hutang dunia dengan melangsaikan hutang2 yg kecil dahulu ( hutang bil telefon, hutang kawan, dll)

   9.  dalam langkah no 4 diatas, anda telah kira sebanyak RM 2000 yg perlu anda commit untuk membayar liability sahaja sebulan. bear in mind, sentiasa ingat untuk tambah 10% dalam simpanan extra iaitu RM 200 ( selain daripada 20% daripada gaji untuk simpanan sendiri )

   10.  untuk mendapatkan tambahan RM 200 simpanan extra, anda perlu kurangkan perbelanjaan harian. contoh :
    • rokok winston light - hisap nusantara sudahhhh =p
    • makan mekdi dan nasi kandar 3kali seminggu - makan kt rumah sebelum gi keje
    • xterlepas dari tengok latest movie - cari dvd sudah 6 in 1 pe..
        11.  gunakan wang RM 200 ini untuk membayar dan selesaikan hutang no 1 dahulu. jika sebelum ini anda membayar RM 50 untuk hutang itu sebelum ini, sekarang anda bayar RM 250= RM 50+RM 200 ( sekali sekala bayar lebih untuk derma anak2 yatim dijamin murah rezeki,jgn kedekut sangat =) )...

       12.  hutang pertama dah mula selesa, gunakan RM 250 untuk membayar hutang yg lain dan gunakan kaedah dan formula yg sama . teruskan penambahan sehingga hutang langsai. ia akan memberi impak maksima drifting  untuk melangsaikan hutang dalam masa yg cepat daripada jangkaan awal semasa mula2 berhutang dahulu. ( hutang sendiri, diharap kira sendiri la, ini contoh hutang penulis je =) )

      dengan cara ini, anda akan mempunyai kebebasan mengundi    kewangan yg anda impikan. ini bermula dengan hanya berjimat RM 200 dan nilai ini akan bertambah baik sehingga hutang anda selesai beberapa tahun kemudian...


       RENUNG-RENUNGKAN DALAM2 DAN SELAMAT BEBAS HUTANG =)

      yang berdoa dan mengharap rezeki daripadaNYA selalu,
      muhammad hilmi saifullah bin abdul rahim

      2 comments:

      1. lorh... movie 2 download sudah... xyah la nk gedik2 beli...

        ekali sekala bayar lebih untuk derma anak2 yatim dijamin murah rezeki(so, ko menderma untuk murah rezeki r?? IKHLAS SUDAH..

        ReplyDelete
      2. support DVD pirate....
        jimat2 kewangan..hohoho =p

        sambil dapat keredhaan sambil mengharap murah rezeki jeee..
        =)

        ReplyDelete

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...