Monday, November 01, 2010

real estate dan properties


umur da makin tua masuk january tahun depan..
hadiah xtawu lagi dapat ke x..

usia da makin meningkat, rumah sendiri belum ada. ngah enak lagi mengangkang duduk free kat rumah parents...

kadang2 aku tertanya jugak, bila laa parents aku nk halau aku dari rumah, dan suruh aku duduk rumah sendiri..tu belum lagi kalau aku da kawen naty tu....

nasib baik laa dorang tanak halau...rumah sendiri pun belum ade lagi...hahahaa

kalau x, terpaksa merempat kat tepi bukit buat rumah pakai kotak laaa jawabnye.....
hik3 =p

semenjak mula ada komitment dengan kerja dengan institusi kewangan ni, aku mula fikir macam2...

investment, business, future = retire well

aku terfikir nak beli rumah, dan masih lagi sedang mengumpul dana yg membolehkan aku membayar  10% - 20% deposit rumah. 
jadi kalau korang tertanya2 cane nk beli rumah sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijadikan asas pelaburan, meh jenguk sikit kat sini...

ini adalah soalan  yg biasa pembeli akan buat sebelum beli rumah 

1.) apakah kos dan charges yg mungkin jika mahu membeli 1 unit property.???
kalau teringin nk beli 1 unit rumah/apartment directly daripada developer
- initial deposit min = 10% daripada nilai hartanah bergantung kepada offer yg ditawarkan. 
a) loan application fee - sesetengah bank boleh waive fee itu bergantung kepada offer.
b) insurans ( MRTA & fire insurans )
c) stamp duties
d) legal fees and cost ( lawyer, signing, etc )
e) utility ( bil elektrik dan bil air tertunggak )
* MRTA = Mortgage Reducing Term Assurance (  ini yg melindungi pinjaman korang in case ade sesuatu yg buruk terjadi kat peminjam )*

kalau teringin nk beli 1 unit sub-sale house/apartment daripada vendor 
a) cas proses loan ( loan application fee ) - sesetengah bank boleh waive fee itu bergantung kepada offer.
b) insurans ( MRTA & fire insurans )
c) stamp duties
d) legal fees and cost ( lawyer, signing, etc )
e) valuers fees and cost
f) utility ( bil elektrik dan bil air )

in case kalau tertanya2 ape berapa kene bayar "valuers fee" dan apakah "valuation report" tu, bio den tlg explain sikit2...
* valuation report*
  •  report survey yang dilakukan oleh pihak bank utk memastikan harga rumah tidak kurang daripada nilai pinjaman yg ingin dipinjam..
  • bagi mereka yang nk membeli rumah dan nk pinjam daripada bank, report daripada Real Esate Valuation firm yg dikenali oleh pihak bank memang diperlukan...
  • biasanya pihak bank akan mengenakan cas bayaran RM300 - RM800 utk nilai apartment yg biasa ( this is valuers fee )
2.) bagaimana nak membayar unit yg dibeli dan bila nk membayarnya.???
kalau beli 1 unit rumah/apartment directly daripada developer
  1. harga yg ingin dibeli ( purchased price ), dibayar oleh pembeli secara ansuran kepada developer seperti yg termaktub dalam "Third Schedule of Sales and Purchase Agreement ( Schedule Of Payment of Purchase Price )"
  2. setiap notis mengenai pembayaran berdasarkan "Third Schedule"  haruslah disokong dengan dokumen yg disahkan oleh developer's  architect in charge
kalau beli 1 unit sub-rumah/apartment daripada vendor
  1. harga yg ingin dibeli haruslah dibayar seperti yg termaktub dalam 'Sales and Purchased Agreement' diantara pembeli dan vendor.
  2. pembeli harus faham betul2 dan bersetuju dengan agreement sebelum sign. consult dengan lawyer kalau ade sebarang pertanyaan. ( jangan main sign je oke

biasanya bank akan mengenakan charge interest mengikut kadar BLR..
Base Lending Rate (BLR) adalah kadar pinjaman dasar yang dikira oleh institut kewangan mengikut formula kewangan yg mengikut akaun institusi itu dan lain2 kos administrative.

Senarai dibawah ini adalah kadar BLR terkini dari bank-bank Malaysia setakat ini

 
No.
Banking Institution
Effective Fr.
BLR (% p.a.)
1
Affin Bank Berhad
13/07/2010
6.30
2
Alliance Bank Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
3
AmBank (M) Berhad
13/07/2010
6.30
4
Bangkok Bank Berhad
14/07/2010
6.30
5
Bank of America Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
6
Bank of China (Malaysia) Berhad
14/07/2010
6.30
7
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia)
14/07/2010
6.00
8
CIMB Bank Berhad
13/07/2010
6.30
9
Citibank Berhad
13/07/2010
6.30
10
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
15/07/2010
6.30
11
EON Bank Berhad
14/07/2010
6.30
12
Hong Leong Bank Berhad
14/07/2010
6.30
13
HSBC Bank Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
14
J.P. Morgan Chase Bank Berhad
15/07/2010
6.20
15
Malayan Banking Berhad
13/07/2010
6.30
16
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
13/07/2010
6.30
17
Public Bank Berhad
13/07/2010
6.30
18
RHB Bank Berhad
13/07/2010
6.30
19
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
20
The Bank of Nova Scotia Berhad
14/07/2010
6.30
21
The Royal Bank of Scotland Berhad
15/07/2010
6.00
22
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
13/07/2010
6.30
Source : Bank Negara Malaysia
Rates changed since 13/07/2010
Rates updated on 17/09/2010

bagaimana nk kira BLR..???
BLR ni bergantung dengan bank mana yg korang nk pinjam dan bergantung jugak ngn pakej yg diambil...

cth :
house = RM 577,000.
tenure = 30 years ( 360 months )

katakan Bank X menawarkan package BLR -1.5% utk 30tahun ( BLR= 6.30% )

jadi 6.30 - 1.5 = 4.80% . kalau nk amek full loan bermakna 90% daripada RM 577,000.

jadi, amaun yg dipinjam  90% x Rm 577,000 = Rm 519,300.

interest rate 4.80% per annum of the loan amount

jadi, sebulan kene bayar +-  rm 2273.38 ( sebelum mengira reducing balance )

sangat best bila umor belum 40 da dapat beli mansion hoho
 gaji sebulan min Rm 3,500 sebulan bole ler nk angkat umah setengah juta =P

rumah, properties, emas, ASB juga adalah tergolong dalam asset...
tapi kereta, motor, kad kredit adalah tergolong dalam liability...

liability = hutang

pastikan tangungan komitmen, monthly expenses, dan liabiliti bulanan tidak melebihi 1/3 daripada gaji anda....

bila liability jadi keutamaan



dah bersedia nk beli rumah untuk diri sendiri atau nk jadikan rumah sebagai aset.???



    aku teringin nk kumpul asset dan bukan nk kumpul liability
    supaya bole buat muka camni bila da tua naty..
    hahhahahaaa

    harap2 cepat laa rezeki aku bertambah ye x...

    start yunk young...earn young....


    - DISCLAIMER: Kalkulator di sebelah ini hanyalah cadangan semata-mata ia mungkin berbeza sedikit dari jumlah bayaran bank sebenar korang =======>>>

    ** if there's anything u would like to share about, feel free to drop me few comments bout real estate yahx =p

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...