Saturday, November 20, 2010

pelaburan Emas

korang minat membuat pelaburan jangkamasa panjang.???

melabur ni ada banyak jenis dan aku pasti ramai yg tahu pasal melabur ni.


ape tu definisi pelaburan...?


Pelaburan adalah pembelian dan penjualan aset dan instrumen kewangan
selain daripada wangtunai. Sumber pelaburan adalah daripada Akaun
Hasil Disatukan atau Kumpulanwang Amanah.


Pelaburan ada banyak jenis, antaranya :

  1. Saham dan Syer
  2. Deposit Dalam Negeri
  3. Deposit Luar Negeri
  4. Pelaburan Lain
  5. Pelaburan dalam bilik termenung


aku faham kalau korang minat melabur tp xtahu platform mana nk guna
  1. Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
  2. Hartanah 
  3. Unit Trust
  4. Saham dan Syer
tapi,pernah dengar pasal pelaburan dalam equity mas cotek  emas..??? 


definisi pelaburan emas


emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. pelaburan dalam emas memang akan menguntungkan pelabur. tempoh paling rendah untuk menyimpan emas sekurang2nya adalah 1 tahun


dalam pelaburan ni, kesabaran paling penting


entry ni adalah sambungan daripada entry lama dulu >> xberani mau klik sini ke bro.??? <<




akak  emas fizikal
kijang emas


emas GIA

pelaburan emas terbahagi kepada dua iaitu emas fizikal, dan emas GIA 
  1.  emas GIA ( beli emas atas kertas )
  • ada naik turun harga
  • beli harga rendah, jual harga tinggi 
  • tidak boleh digadai
  1.  emas fizikal 
  • walaupun beli pada harga tinggi, ia boleh digadai pada bila2 masa untung mendapatkan tunai segera
  • gunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk dapat keuntungan
  • pajak emas fizikal, kemudian masukkan dalam akaun GIA
  • pajak emas, beli lagi emas fizikal,kemudian pajak lagi, dan lepas tu beli lagi emas fizikal
ape yg aku nk maksudkan kt sini ialah jadikan emas sebagai salah satu pelaburan

nak tahu kenapa.? sebab...
INFLASI = Pembunuh Mata Wang.!!!

meh aku terangkan dalam bentuk contoh...

Bayangkan taylor swift ngah goyang2 punggung baiiik punya depan korang  tahun lepas, harge cendol pulut RM 1, tahun ni pulak harge cendol pulut dah naik +RM 0.50..

"ape kes lu mat sampai harge naik ini macam.?"

"biase laa,harge gula da naik,sume benda pun naik sekali."

 See.?  
cuba bayangkan harge 10tahun lepas dengan sekarang, harga macam mana beza nya.??
karipap 10sen dapat 3ketul

bayaaaaaaaaangkannn....
maknenye,nilai matawang kita semakin susut sama macam Kuman Kutu ( jgn pandang belakang congkak ) kalau minum JM5,

bukan sebab harga barang makin mahal, tapi disebabkan pencetakan wang kertas tanpa had dan tidak bersandarkan pada emas.

secara purata nilai inflasi Malaysia susut 4%. setahun. bermakna nilai RM1000 sekarang,akan menjadi Rm960 tahun depan.

katakan, Malaysia dilanda wabak penyakit serius yg memerlukan kos perubatan yg tinggi la kn, bermakna wang perlu dicetak lebih unuk menampung kos berkenaan. kalau negara kita berperang.? da tentu kene beli kelengkapan senjata dari negara luar..
laaaaaaagi sekali kena cetak wang...

kita negara pengguna, bukan pengeluar. jadi matawang kita sentiasa berisiko pada bila2 masa.

jadikan emas sebagai alternatif wang kertas

tengok ape yg jadi kat Iraq, sekejap je nilai matawang dorg menjadi "tiada nilai" disebabkan peperangan.

kalau Singapura atau Thailand serang Malaysia, rase2 berapa lama diperlukan untuk keluarkan wang korang sebanyak RM 200,000 daripada bank.? da tentu lama dan berguni nk letak wang tu kan.?matawang Malaysia hanya mahal dalam Malaysia sajeee..
kalau emas,cuma perlukan 3kg je da bole bawa gi mane2 negara,sebab emas memang ade value dimana2 sahaja... 

sedangkan aset dan nilai matawang sesebuah negara juga ditentukan dengan nilai emas dalam negara

Beli Barang Dengan Murah Pada Masa Hadapan

contoh  1 :

2005,  aku xingat tapi xsilap aku kos untuk tunaikan Haji ngn Tabung Haji Bakhil  lebih kurang Rm7000. tapi tahun 2008,kos jadi Rm11500 ( kalau xsilap laaaa =P )
2005 => harga emas  1gram = Rm40
2008 => harga emas 1gram = Rm 109

untuk tunaikan haji tahun 2005, hanya guna 175 gram emas

untuk tunaikan haji tahun 2008, hanya guna 96 gram emas.!!!

kos wang kertas semakin meningkat,tapi kalau guna nilai emas nilai makin kecil

contoh  2 :

2003, harga kereta Civic baru kalau aku xsilap +-Rm90,000 ( malas nk check balik =P )
2003 => harga 1 gram emas = Rm30

jadi, memerlukan 3000gram emas kalau nk beli Civic baru 

2009, harga kereta Civic baru kalau aku xsilap  +-Rm130,000
2009 => harga 1 gram emas = Rm115

 jadi, memerlukan 1130gram emas kalau nk beli Civic baru sekarang


 nampak kan.? berapa ketaranya perubahan nilai emas..???

sama jugak amcam pelaburan Amanah Saham Bumiputera, >> klik untuk info ASB <<
 tapi korang akan mengalami keuntungan lebih lumayan lagi melaui emas...

sejak 7 tahun lepas, kenaikan Dividen emas melebihi  +- 12% setiap tahun dan nilai itu jarang turun...!!! woohooooo

AMARAN MESRA KAWAN
- Penuhkan ilmu kat dada dulu sebelum berangan2 nk terus 'jump' masuk pelaburan emas.
- tanya otai2 pelaburan emas macam  En Syukur ( Admin JutawanEmas.com ) 
- kalau anda meminati pelaburan, dan serius mengenai pelaburan, boleh pilih pelaburan emas...


no knowledge, no gain


selamat membuat pelaburan yg ke-5
=)


time 3:44 am...
yang sangat mengantuk suda,
Muhammad Hilmi Saifullah bin Abdul Rahim



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...