Showing posts with label Pelaburan yang perlu. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan yang perlu. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Pelaburan Dalam Saham Syarikat Adakah Selamat.??

Selama ini aku banyak cuba untuk ambil tahu tentang info2 dari mana mana ruang untuk buat investment.
Ada banyak ruang untuk orang ramai melabur ni sebenarnya.
  1. Amanah Saham Bumiputera
  2. Hartanah
  3. Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB )
  4. Pelaburan Emas
(** link itu semua akan redirect kepada entry aku yang lama. Maaf kalau tulisan agak kelam kabut dan susah nak baca sebab aku tukar2 theme **)

Malam semalam aku lepak dengan member2 kat port biasa kitorang kat Canai SS15. Keluar lah juga beberapa topik tapi ada topik yang menarik minat aku. Ada beberapa pertanyaan yang kuat bermain dalam kelapa   kepala  aku dari malam tadi sejak topik tu dipetik

Skim Pelaburan Emas dalam Saham Syarikat

 Pernah dengar konsep ini.?

Apa yang aku dapat tahu ini bukan MLM walaupun konsep lebih kurang. Kawan aku memperkenalkan nama company ini dalam melabur emas

Virgin Gold Mining Corporation ( VGMC ) 

Merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelabur untuk membuat pelaburan saham ke atas syarikatnya. VGMC juga menawarkan pulangan dividen 10% - 20% setiap bulan kepada pelabur-pelabur syarikat . Betul, mata korang xsilap baca.. Setiap Bulan.! Bagi mereka yg biasa melabur dalam saham ASB yg menjanjikan pulangan 7% - 8% dalam masa 12bulan. VGMC bagi dividen setiap bulan sampai anak bini semua jadi gemuk sebab dividen melampau lampau.

VGMC juga menawarkan insentif tambahan kepada pelabur yang membawa masuk pelabur baru dan mereka ini dipanggil introducer . Sangat menarik bukan.?
Boleh layari website VGMC di sini

Virgin Gold Mining Corporation adalah sebuah syarikat berdaftar di Panama ( kawasan bagi mereka yang ingin lari dari cukai ).

Virgin Gold Mining Corporation
Torre Global Bank Building, 
Calle 50 & Calle 58 Este,
Piso 31, Oficina 3105,
Panama City, Republic of Panama,
Tel : +507-8365099



Virgin Gold Mining Corporation setakat ini masih lagi membayar dividen berterusan kepada para pelabur.
Continuous Monthly Dividend.!! Duduk rumah gosok perut buncit saje dah dapat pasif income tiap bulan. Sangat seronok.!!





Menurut ahli mereka, VGMC hanya menunggu masa untuk masuk ke pasaran Wall Street berkemungkinan pada 2015 nanti.

Macam biasa, my curiosity is kicking hard again...

Betul ke macam ni punya senang nak jadi kaya? Istilah bukan senang nak senang kuat bermain dalam kepala..Aku masih lagi percaya dengan emas fizikal  tapi, kalau betul apa yang dikhabarkan pasal Pelaburan Emas dalam Saham Syarikat VGMC, apa salahnya kan.???

Tapi, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Ada beberapa badan yang memantau pergerakan mereka ini

  1. Investor Alert : Pre-IPO Investment Scam from U.S Securities and Exchange Commission 
  2.  Warns of Facebook-Linkeed Pre-IPO Scam from Financial Industries Regulatory Industries

Kalau semak di laman web VGMC, nama bagi jawatan President, CEO, dan Vice President of Finance adalah Kenneth Elinger 

3 Jawatan dalam sebuah syarikat.?
- Teradpat kuasa Veto disini, biasanya jawatan penting dipegang oleh berlainan pihak bagi mengelakkan keputusan yang salah dalam menentukan halatuju sebuah syarikat.

Tetapi, kalau semak pula di laman web Panama Offshore Services , ini pula yang anda akan nampak


 
GERASIMO SAMUDIO 
- Individu yang bertanggujawab menjadi Director kepada berpuluh company ( klik link pada nama beliau untuk makluman lanjut )


Virgin Gold Mining Corporation tiada lombong emas.!!!
Tiada Lombong emas yang didaftarkan atas nama Virgin Gold Mining Corporation. Selepas diselidik satu persatu dalam List of Mining Companies , nama itu tidak wujud...


Amaran telah dikeluarkan untuk syarikat yang membuat skim pelaburan saham

1. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 




2. Singapore Government





Aku pernah cakap tadi, yang sebenarnya aku masih lagi percaya dengan emas fizikal. Ada banyak sebab kenapa aku percaya dengan emas fizikal dan bukan pelaburan saham emas


1. Inflasi 
- definisi : Penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalam sebuah ekonomi 

2. Aset
- Nilai kekayaan sebuah negara bergantung kepada simpanan emas yang ada dalam sebuah negara

3. Matawang
- Terlalu banyak pengeluaran wang kertas dan terlalu banyak susut nilai dalam sesuatu barangan menyebabkan wang kertas semakin tidak berharga dari masa ke semasa.

4. Fakta
- Mengapa syarikat2 ini mengumpul emas.? sebab mereka tahu hanya emas yang bernilai sahaja yang mampu menyelamatkan ekonomi mereka dalam 20-30 tahun akan datang dan mengaburi pandangan orang ramai supaya melabur dalam syarkat mereka supaya mereka mampu menyuntik modal untuk mereka mengumpul lebih banyak emas untuk mereka sendiri



Jadi, masih lagi berani hendak melabur dalam pelaburan emas saham syarikat.??

Kalau masih lagi x setuju, boleh rujuk di artikel ini disini ==>> klik je haaaaa

Bagaimanapun, ada juga berita daripada VGMC kat sini yanng mungkin mengubah persepsi.
Jadi, what say you.???



sekiaaaaaaaannn.....


Credit to : EmasKini.com


Wednesday, November 16, 2011

Mengurangkan Pinjaman Perumahan

Rumah rumah rumah...

Semua orang mahu membeli rumah. Tidak kiralah sama ada hendak beli untuk keluarga sendiri, untuk anak, untuk bini, untuk perempuan simpanan, ataupun lebih untung, bagi sewa pada penyewa. seperti dalm entry keuntungan dalam bidang hartanah ini

Ass you all know, ada banyak jenis rumah dan ada banyak jenis harga

  1. Rumah banglo / mansion
  2. Rumah teres 1 tingkat / 2 tingkat
  3. Pangsapuri / kondom   kondominium   
  4. Rumah kongsi Indonesia dan Bangla




Bagaimana cara anda semua membayar monthly installment rumah.?
  1. Bayar ngam-ngam.?
  2. Bayar lebih.?
  3. Bayar guna air liur.?

Pernah dengar Payment Bi-Sexual    Payment Bi-Weekly .?
Serampang dua mata ini amat berguna dalam menyelesaikan masalah kewangan anda semua jika anda tak mahu berhutang lama-lama dengan ceti-ceti besar yang akan mengganggu anda tiap kali anda lewat membuat pembayaran.


Bagaimana nak buat pengiraan.??

House amount : RM 150,000
Loan Tenure : 360 mths
Interest : 6% per annum

jadi,
Monthly principle with interest = RM 899.33
Total interest for total tenure = RM 173,757.00

Disinilah kita gunakan konsep Bio-oil    Sensa-Oil     Bio-Asli    Bi-Weekly ini

Payment Bi-Weekly = Membayar ansuran sebanyak 2 minggu sekali / Sebulan 2 kali

Monthly installment 
Rm 899.33 / 2 = RM 499.67

RM 499.67 dibayar sebelum 15hb dan RM 499.67 dibayar pada hujung bulan
atau mana-mana tarikh bergantung dengan due date


Perbandingan.??

Kiraan ini berdasarkan baki pinjaman setiap hujung tahun


                                 
Nampak tak.?
Penjimatan berlaku setiap tahun sebab anda diibarat telah membayar lebih tiap kali. 
Seperti telah membayar untuk bulan ke-13.
Maka bila perkiraan interest oleh pihak bank, interest telah berkurangan

 If u do your math correctly, instead of membayar loan selama 30 tahun, anda hanya perlu membayar selama 24 tahun dan mengalami penjimatan interest sebanyak Rm50,000




Cara Konvensional.??

Jika semua ini melecehkan sebab :

  1. Malas nak pergi bank 2 kali sebulan
  2. Direct debit tidak membenarkan proses ini
  3. Bank tidak membenarkan bayaran ansuran Bi-weekly
  4. Lagi rela pergi dating dengan Neelofa atau Lisa Surihani


Cara lain untuk kurangkan loan pun ada dengan cara yang biasa orang ramai guna dan arif dengan membayar lebih setiap bulan



House amount : RM 150,000
Loan Tenure : 360 mths
Interest : 6% per annum

Monthly installment : RM 899.33

Bahagikan monthly installment dengan 12 bulan
RM 899.33 / 12 = RM 75.00

Jadi, setiap bulan hanya membayar RM 899.33 + RM 75.00 = RM 975.00

Dan sekali lagai,

Penjimatan berlaku setiap tahun sebab anda diibarat telah membayar lebih tiap kali. 
Seperti telah membayar untuk bulan ke-13.


Ataupun, bayarlah extra seberapa banyak yang anda semua rasa selesa




Laparrrrr, xmakan lagi lepas balik kerja.
aku nak mentekadarah maggi 3 bungkus.
yeahhh.!!!





Sunday, November 13, 2011

Apa yang perlu diketahui dengan Loan Rebate.?

I bet all of you lads mesti sudah ada monthly komitmen dengan bank bukan.?
Kereta? Rumah.? Personal Loan.?
Pada sesiapa yang suka buat early settlement, aku ada cerita untuk kamu semua....

Kita sering disalah faham dengan rebate, kita akan dapat diskaun kalau buat early settlement daripada tempoh agreement yang sepatutnya dengan bank...
rebate itu hanyalah satu terma tanpa sebarang nilai yang sering digunakan oleh pihak bank untuk mengira baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam  

contoh :

Encik Awan Nano membeli superbike dengan harga RM50,000.
Tempoh pinjaman 5 tahun, Interest pun 5%
Beliau merancang untuk settle kan loan tu pada hujung tahun ke-3 sebab xnak hutang lama-lama katanya.
Berapa rebate yang beliau dapat.? Berapa yang perlu dibayar.?


Total loan  termasuk interest : RM 62,500
Penghujung tahun ke-3, rebate beliau adalah jumlah remaining unpaid interest portion
Jadi, total rebate = interest tahun ke-4  +  tahun ke-5
= RM1516 + RM533 
= RM2,049

maklumat calculation bole rujuk kat entry Kiraan Loan Kereta / Hire Purchase 
jadi,

Baki untuk menyelesaikan hutang  = Jumlah loan dengan interest - jumlah installment yang dibayar - jumlah rebate

= 62,500 - ( 1041.67 x 36months ) - 2049
= Rm 2,2980.88


Did you notice something fishy going on.??
i leave that puzzle for you lads to decipher...


Kiraan Loan Kereta / Hire Purchase

Semasa aku kerja di bank dahulu, ramai orang yang bertanyakan soalan ni kat aku    bila nak kahwin dengan anak makcik       bagaimana nak kira interest loan kereta.??

Makcik, makcik. Saya hanya ada access untuk personal loan dan insurance. Saya tiada kaitan dengan hire purchase atau mana-mana mortgage loan. Tapi, disebabkan anak makcik lawa, saya rela serahkan tubuh dan otak saya ini adalah untuk anak makcik. LOL

Berapa ramai yang ambil tahu tentang kiraan hire purchase semasa membeli kereta dahulu?
Alasan.?
  1. Malas lah nak ambil tahu, yang penting kereta dapat, tidak rosak, boleh merempit laju-laju
  2. Memeningkan kepala nak kira semua itu
  3. Bank takkan nak tipu pulak kan, bank kan wajib membantu consumer



Tapi benda ini lah yang paling penting sebenarnya, mengelakkan kita dikencing hidup-hidup oleh terma dan syarat yang diselindungi oleh pihak mereka

Trust me.! you guys need this. Sebab aku pernah kena kencing dengan NAZA Credit dengan interest dan charges yang melampau2 semasa membeli motor dengan mereka dahulu ..pffttttt

Hire Purchase - Kontrak dimana pembeli menjadi penyewa/peminjam dan pihak bank menjadi pemberi pinjaman barang. Peminjam perlu membayar installment kepada pihak bank sehingga bayaran itu selesai dalam temph yang ditetapkan dalam kontrak. Barang itu bukanlah milik kita selagi jumlah tidak dibayar habis

Konsepnya sama lah macam kita membeli pisang goreng hari-hari ditempat sama sampailah anak makcik yang jual pisang goreng itu jatuh cinta dan kahwin dengan kita 

Bagaimana nak buat pengiraan.???

  • Jumlah pinjaman x Interest x jumlah tahun = YOUR TOTAL INTEREST 
  • ( Jumlah pinjaman + Interest ) / jumlah bulan = YOUR MONTHLY INSTALLMENT 


Contoh :

Abang kacak segak bergaya (ABC) telah membeli kereta Gen-2 CPS yang laju dan hebat dengan nilai RM55,000
RM5,000 dibuat sebagai down-payment
Baki nilai kereta RM50,000, ABC hendak buat pinjaman melalui Bank Aku Sangap Duit ( CBA bank ) dengan interest 5% dan tempoh pinjaman 5 tahun



  50K x 5% x 5 tahun = YOUR TOTAL INTEREST = RM12,500
  ( 50K + 12.5K ) / 60 bulan = YOUR MONTHLY INSTALLMENT  =  RM 1041.67

Setiap bulan, installment kereta yang kita bayar akan ada portion untuk principal dan ada portion untuk interest. Jadi berapa sebanranya jumlah interest yang dibayar dalam tahun pertama.??

Kesilapan yang biasa orang lakukan :

 Total Interest / 5 years = Yearly interest charges

jadi,
Interest yang dibayar oleh ABC dalam tahun pertama adalah
RM12,500 / 5 tahun = RM2500 dan portion untuk interest adalah 2500 / 12 bulan = 208.33

Betul ke macam itu.?? bukan lahhhhhh


Brother and sisters, this is what i always quote,

Figures Never Lies


Kiraan sebenar

Step 1 - Sum of Month
Total months = 60
Sum of months, 60+59+58+57....+3+2+1= 1830

formula
( total months + 1 ) x ( total months / 2 ) = Sum of months

jadi,
( 60 + 1 ) x ( 60 / 2 ) = 1830

Step 2 - Interest Portion for N month

(( Total month + 1 ) - N month ) / sum of month x total intereest charged = Interest Portion for the month

jadi,untuk dapatkan portion of interest pada bulan ke 12,
(( 60 + 1 ) - 12 ) / 1830 x 12500 = RM 334.70

Step 3 - 1st Year interest paid by ABC

tambah kan semua jumalah bulan dalam setahun dalam bulan 1 hingga 12

( 60+59+58+57+56+55+54+53+52+51+50+49 ) / sum of month x total interest charge = interest for the 1st year

jadi,
654 / 1830 x 12500 = 4467 = 35.7% daripada total interest 

maksudnya, kita membayar portion untuk interest adalah sangat banyak dalam tahun pertama dan ia akan berkurangan tahun demi tahun\

Principal ( harga kereta )  <  Interest    =    first few years
Interest  <  Principal ( harga kereta )    =    last few years

 This calculation applies to some few other loans also



Pening.? padan muka
yang mengantuk dan lapar dan xmakan sejak bangkit dari beradu
Bye.!





Keuntungan Tinggi dalam Hartanah

Semua orang mesti sudah tahu, antara pelaburan-pelaburan yang menguntungkan adalah dalam bidang hartanah.
Berbeza dengan kereta yang dianggap liabiliti asset possession, hartanah adalah aset yang sangat menguntungkan jika kita pandai memanipulasikan sama ada dalam bentuk passive income atau apa-apa sekalipun.

Risiko dalam bidang pelaburan hartanah ini juga rendah. Hartnah kediaman terbahagi kepada dua :
  1.  Rumah teres ( harga milik mahal, peratus kenaikan nilai cepat, *kadar sewa bulanan agak rendah* )
  2. Apartment/ Kondo ( harga milik murah, peratus kenaikan nilai lambat, *sewa bulanan agak tinggi* )


Dalam kes ini, pelaburan hartanah merangkumi
  1. Memiliki sebuah kediaman dan menyewakannya untuk mendapat passive income
  2. Memiliki sebuah kediaman dan menyewakannya untuk mendapat passive income dan kemudian menjualkannya
  3. Membeli kediaman sewaktu dalam pembinaan dan menjualkannya semasa kediaman sudah siap


Ada beberapa taikun real estate yang patut dikenali seperti AbangEnsem , Farid Adam dan lain-lain seperti brader ni.. FYI, AbangEnsem telah memiliki lebih daripada 5 biji kediaman dan mempunyai banyak tips and tricks dalam memiliki asset. Beliau juga mempunyai title Jutawan Dalam Senyap

Mari lihat bagaimana keuntungan hartanah yang diperolehi

Contoh :

2006 - Kediaman dibeli dengan harga 230,000
2010 - Kediaman dijual dengan harga 300,000

Harga dibeli : 230K
Harga dijual : 300K
Keuntungan : 300 - 230 = 70K

Modal : 7K ( renovation rumah dan lain-lain ) + 5K ( peguam dan lain-lain ) = 12K
Ansuran bulanan ke bank : RM1300
Sewa bulanan dari penyewa : RM1000
Topup bulanan : ( 1000 - 1300 ) x 48months = RM14.4K
Equity gain : 37K

Jumlah Modal : 12K + 14.4K = RM 26.4K
Jumlah keuntungan : 70K + 37K = RM 107K
Peratus pulangan = 400% jika dikira selepas penjualan asset

Sangat lumayan bukan.????





Saturday, November 20, 2010

pelaburan Emas

korang minat membuat pelaburan jangkamasa panjang.???

melabur ni ada banyak jenis dan aku pasti ramai yg tahu pasal melabur ni.


ape tu definisi pelaburan...?


Pelaburan adalah pembelian dan penjualan aset dan instrumen kewangan
selain daripada wangtunai. Sumber pelaburan adalah daripada Akaun
Hasil Disatukan atau Kumpulanwang Amanah.


Pelaburan ada banyak jenis, antaranya :

  1. Saham dan Syer
  2. Deposit Dalam Negeri
  3. Deposit Luar Negeri
  4. Pelaburan Lain
  5. Pelaburan dalam bilik termenung


aku faham kalau korang minat melabur tp xtahu platform mana nk guna
  1. Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
  2. Hartanah 
  3. Unit Trust
  4. Saham dan Syer
tapi,pernah dengar pasal pelaburan dalam equity mas cotek  emas..??? 


definisi pelaburan emas


emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. pelaburan dalam emas memang akan menguntungkan pelabur. tempoh paling rendah untuk menyimpan emas sekurang2nya adalah 1 tahun


dalam pelaburan ni, kesabaran paling penting


entry ni adalah sambungan daripada entry lama dulu >> xberani mau klik sini ke bro.??? <<




akak  emas fizikal
kijang emas


emas GIA

pelaburan emas terbahagi kepada dua iaitu emas fizikal, dan emas GIA 
  1.  emas GIA ( beli emas atas kertas )
  • ada naik turun harga
  • beli harga rendah, jual harga tinggi 
  • tidak boleh digadai
  1.  emas fizikal 
  • walaupun beli pada harga tinggi, ia boleh digadai pada bila2 masa untung mendapatkan tunai segera
  • gunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk dapat keuntungan
  • pajak emas fizikal, kemudian masukkan dalam akaun GIA
  • pajak emas, beli lagi emas fizikal,kemudian pajak lagi, dan lepas tu beli lagi emas fizikal
ape yg aku nk maksudkan kt sini ialah jadikan emas sebagai salah satu pelaburan

nak tahu kenapa.? sebab...
INFLASI = Pembunuh Mata Wang.!!!

meh aku terangkan dalam bentuk contoh...

Bayangkan taylor swift ngah goyang2 punggung baiiik punya depan korang  tahun lepas, harge cendol pulut RM 1, tahun ni pulak harge cendol pulut dah naik +RM 0.50..

"ape kes lu mat sampai harge naik ini macam.?"

"biase laa,harge gula da naik,sume benda pun naik sekali."

 See.?  
cuba bayangkan harge 10tahun lepas dengan sekarang, harga macam mana beza nya.??
karipap 10sen dapat 3ketul

bayaaaaaaaaangkannn....
maknenye,nilai matawang kita semakin susut sama macam Kuman Kutu ( jgn pandang belakang congkak ) kalau minum JM5,

bukan sebab harga barang makin mahal, tapi disebabkan pencetakan wang kertas tanpa had dan tidak bersandarkan pada emas.

secara purata nilai inflasi Malaysia susut 4%. setahun. bermakna nilai RM1000 sekarang,akan menjadi Rm960 tahun depan.

katakan, Malaysia dilanda wabak penyakit serius yg memerlukan kos perubatan yg tinggi la kn, bermakna wang perlu dicetak lebih unuk menampung kos berkenaan. kalau negara kita berperang.? da tentu kene beli kelengkapan senjata dari negara luar..
laaaaaaagi sekali kena cetak wang...

kita negara pengguna, bukan pengeluar. jadi matawang kita sentiasa berisiko pada bila2 masa.

jadikan emas sebagai alternatif wang kertas

tengok ape yg jadi kat Iraq, sekejap je nilai matawang dorg menjadi "tiada nilai" disebabkan peperangan.

kalau Singapura atau Thailand serang Malaysia, rase2 berapa lama diperlukan untuk keluarkan wang korang sebanyak RM 200,000 daripada bank.? da tentu lama dan berguni nk letak wang tu kan.?matawang Malaysia hanya mahal dalam Malaysia sajeee..
kalau emas,cuma perlukan 3kg je da bole bawa gi mane2 negara,sebab emas memang ade value dimana2 sahaja... 

sedangkan aset dan nilai matawang sesebuah negara juga ditentukan dengan nilai emas dalam negara

Beli Barang Dengan Murah Pada Masa Hadapan

contoh  1 :

2005,  aku xingat tapi xsilap aku kos untuk tunaikan Haji ngn Tabung Haji Bakhil  lebih kurang Rm7000. tapi tahun 2008,kos jadi Rm11500 ( kalau xsilap laaaa =P )
2005 => harga emas  1gram = Rm40
2008 => harga emas 1gram = Rm 109

untuk tunaikan haji tahun 2005, hanya guna 175 gram emas

untuk tunaikan haji tahun 2008, hanya guna 96 gram emas.!!!

kos wang kertas semakin meningkat,tapi kalau guna nilai emas nilai makin kecil

contoh  2 :

2003, harga kereta Civic baru kalau aku xsilap +-Rm90,000 ( malas nk check balik =P )
2003 => harga 1 gram emas = Rm30

jadi, memerlukan 3000gram emas kalau nk beli Civic baru 

2009, harga kereta Civic baru kalau aku xsilap  +-Rm130,000
2009 => harga 1 gram emas = Rm115

 jadi, memerlukan 1130gram emas kalau nk beli Civic baru sekarang


 nampak kan.? berapa ketaranya perubahan nilai emas..???

sama jugak amcam pelaburan Amanah Saham Bumiputera, >> klik untuk info ASB <<
 tapi korang akan mengalami keuntungan lebih lumayan lagi melaui emas...

sejak 7 tahun lepas, kenaikan Dividen emas melebihi  +- 12% setiap tahun dan nilai itu jarang turun...!!! woohooooo

AMARAN MESRA KAWAN
- Penuhkan ilmu kat dada dulu sebelum berangan2 nk terus 'jump' masuk pelaburan emas.
- tanya otai2 pelaburan emas macam  En Syukur ( Admin JutawanEmas.com ) 
- kalau anda meminati pelaburan, dan serius mengenai pelaburan, boleh pilih pelaburan emas...


no knowledge, no gain


selamat membuat pelaburan yg ke-5
=)


time 3:44 am...
yang sangat mengantuk suda,
Muhammad Hilmi Saifullah bin Abdul Rahim



Thursday, November 11, 2010

tips bebas hutang

memandangkan ini topik formal, mari bercerita secara formal dan serius untuk entry kali ini....

hutang satu benda yg memeningkan, betul.???
lagi2 kalau daripada jenis yg liat nk membayar macam sesetengah daripada anda, betul.???

ada berapa ramai antara kamu semua yg beli dan guna apa2 semua guna wang sendiri,,.?

saya ulang....

ada berapa ramai antara kamu semua yg beli dan guna apa2 semua guna wang sendiri tanpa guna wang orang lain,,.?

shopping seluar dan baju, makan kt mapley atau restoran mahal, beli kereta, beli motor, beli awek, beli rumah, biaya pembelajaran untk diploma dan degree..???

ada.???

untungnya bagi mereka..tp, kalau ada diantara anda semua yg guna wang orang lain untuk kegunaan sendiri, ini dikatakan membuat pinjaman/hutang ( loans )

kerana bank bagi dana,bukan menggunakan wang sendiri dari bank, tapi menggunakan wang yg dilabur dan disimpan oleh pelanggan bank itu sendiri dan untuk diberi kepada mereka yg ingin membuat hutang dengan bank dan mereka akan dikenakan faedah ( interest ) yg berbeza bergantung pada institusi itu untuk cover balik wang yg bank dah guna untuk diberi kepada peminjam.

saya juga pernah mengalami perkara sama yg menyedihkan bila nama dah naik ke akaun CTOS =(

bagi mereka yg ingin mencari jalan keluar yg senang tanpa meminjam lagi pinjaman lain untuk melangsaikan hutang lain, meh saya kongsi dengan anda yg berminat

Kriteria Melangsaikan Hutang 

  • semangat yg kuat untuk konsisten
  • rancang betul2 aliran kewangan
  • disiplin 
  • saya berharap supaya penulis blog ini berjaya dengan cemerlang sentiasa di dunia dan akhirat,amin =)

Cara-Cara Selamat Melangsaikan Hutang
  1. periksa rekod perbelanjaan dalam tempoh 12 bulan. setahun adalah jangkamasa terbaik untuk menilai rekod kita. simpan semua penyata bank, resit pembelian, penyata kad kredit dan debit, penyata akad nikah bini baru, atau apa saja penyata yg anda ada. bagi pengaliran wang tunai, rekod dalam buku nota bulanan walaupun diguna semasa hendak membeli burger banjo kak kiah mulut besar yg laser.
  2. kirakan semua jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan.
  3. tuliskan senarai hutang dari A sampai Z. kalau xpasti tentang ansuran rumah, boleh tanya bank untuk kepastian dan selalu kemaskini rekod itu
  4. buat senarai pembayaran minima yg perlu anda commit setiap bulan. katakan, anda berhutang RM2000 sebulan.
  5. periksa dan buat kira2 tentang berapa yg perlu anda bayar untuk bulan2 akan datang dengan menganggap anda tidak ada bayaran tertunggak. ingat, figures never lie..
  6. buat senarai hutang anda. yang sedikit berada diatas sekali, dan yg banyak berada di bawah. contoh: 
  • hutang zakat fitrah dan derma yg belum tertunai = RM 50
  • hutang bil maxis = RM 100
  • hutang nasi lemak ayam dengan kak rosy selama 30hari bulan lepas = RM 150
  • hutang dengan awek sebab nk belanja awek lain = RM 200
  • hutang ASB = RM 500
  • hutang kereta Gen2 cps = RM 550
  • hutang beli rumah = RM 450
     7.   sekarang anda perlu tengok cerita 'istana takeshi' dan jerit seraaaang untuk melangsaikan hutang2 yg mudah dan sering terlupa dahulu. contoh ;
  • hutang dengan Maha Pencipta
  • hutang solat lima waktu sehari
  • hutang doa setiap waktu
  • hutang selalu bersenyum tiap kali ditimpa masalah
  • hutang zikir2 ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
    8.  bila hutang tu semua sudah hampir sempurna, teruskan dengan melangsaikan hutang dunia dengan melangsaikan hutang2 yg kecil dahulu ( hutang bil telefon, hutang kawan, dll)

   9.  dalam langkah no 4 diatas, anda telah kira sebanyak RM 2000 yg perlu anda commit untuk membayar liability sahaja sebulan. bear in mind, sentiasa ingat untuk tambah 10% dalam simpanan extra iaitu RM 200 ( selain daripada 20% daripada gaji untuk simpanan sendiri )

   10.  untuk mendapatkan tambahan RM 200 simpanan extra, anda perlu kurangkan perbelanjaan harian. contoh :
    • rokok winston light - hisap nusantara sudahhhh =p
    • makan mekdi dan nasi kandar 3kali seminggu - makan kt rumah sebelum gi keje
    • xterlepas dari tengok latest movie - cari dvd sudah 6 in 1 pe..
        11.  gunakan wang RM 200 ini untuk membayar dan selesaikan hutang no 1 dahulu. jika sebelum ini anda membayar RM 50 untuk hutang itu sebelum ini, sekarang anda bayar RM 250= RM 50+RM 200 ( sekali sekala bayar lebih untuk derma anak2 yatim dijamin murah rezeki,jgn kedekut sangat =) )...

       12.  hutang pertama dah mula selesa, gunakan RM 250 untuk membayar hutang yg lain dan gunakan kaedah dan formula yg sama . teruskan penambahan sehingga hutang langsai. ia akan memberi impak maksima drifting  untuk melangsaikan hutang dalam masa yg cepat daripada jangkaan awal semasa mula2 berhutang dahulu. ( hutang sendiri, diharap kira sendiri la, ini contoh hutang penulis je =) )

      dengan cara ini, anda akan mempunyai kebebasan mengundi    kewangan yg anda impikan. ini bermula dengan hanya berjimat RM 200 dan nilai ini akan bertambah baik sehingga hutang anda selesai beberapa tahun kemudian...


       RENUNG-RENUNGKAN DALAM2 DAN SELAMAT BEBAS HUTANG =)

      yang berdoa dan mengharap rezeki daripadaNYA selalu,
      muhammad hilmi saifullah bin abdul rahim

      Tuesday, November 02, 2010

      Amanah Saham Bumiputera ASB

       bila sebut saje ASB semua orang tahu itu bermaksud Amanah Saham Bumiputera kn.???


      meh bia aku terangkan sikit definisi ASB nii...

      ASB is a term of loan offered to Bumiputera customers to finance the purchased of ASB unit trusts.. 


      ASB  dijamin oleh Perbadanan Nasional Berhad ( PNB ) dan adalah salah satu sistem pelaburan yg berisiko rendah

      wang yg dilabur dalam ASB akan dilaburkan sekali lagi ke dalam syarikat yg menjalankan perniagaan berisiko rendah bagi menjaga  hati dan perasaan    pulangan wang pelabur


      low risk
      high risk
      sawit
      forex
      perumahan
      saham
      getah
      MLM


      ASB = Low Risk Investment =  Smart = Dont Worry + be Happy 

      kelayakan =
      1 ) akil baligh = berumur minimum 18 tahun yg sudah mampu menyebut perkataan "fikir demi masa depan" dan "harap2 penulis blog ini cepat2 la kaya"
      2.) perut kenyang = supaya mental tidak dipengaruhi perut lapar yg berbunyi kruuukk..kruukkk dan supaya mampu buat penilaian yg betul semasa hendak memulakan langkah melabur
      3.) mykad biru = ape2 pun perlukan kad biru ni skarang. xkan la korang nk biarkan golongan kad merah yg beli keistimewaan korang ni an...
      4.) bukan tanah liat = bukan untuk mereka yg jenis seksa nk membayar walaupun nak keluarkan 20sen daripada kocek mereka.
      5.) sabar =  apa2 je yg berkaitan dengan pelaburan mesti ade sifat ini. kalau xnak , kerja jela makan gaji sampai lebam..


      kelayakan sebenar cuma berumur 18 tahun dan bawa buku ASB je, yg lain2 aku edit2 sikit sebab itu yg menjadi benda penting sebenarnye supaya Bank Negara Malaysia not suffer from NPL ( non-profit loan )
      =P


      kelebihan = 
      1.) dividend + bonus = setiap 31 December, duit boleh dijoli sakan beli kain batik 5helai dan boleh dinikmati ( 7% - 11% per annum) 
      2.) future = bila dah tua naty xla sesak merempit merempat kat tepi jalan, mintak sedekah, dok rumah orang2 tua dan sakit hati bila anak da mula derhaka kat korg.
      3.) beli rumah baru = bila da cukup tempoh matang, boleh laa tambah asset dan tambah bini lagi 2,3 orang. duit da masyuk an... tu jela benda berfaedah yg boleh difikir..betul x???
      4.) amal = ingat2 kubur dan sedekah lebih banyak kt anak2 yatim dan buat duit tu untuk pergi haji


      tempoh =
       minimum menyimpan selama 10 tahun dan maksimum menyimpan selama 25 tahun atau umur mencecah 65 tahun atau mana2 lebih awal atau mana2 yg bye2 dulu... 

      ASB ade beberapa kategori pelabur =
      1.) pelabur 1 = mereka yg menyimpan sendiri sejumlah wang yg banyak dan dilabur dalam Amanah Saham Bumiputera...
      2.) pelabur 2 = mereka yg meminjam sejumlah wang daripada bank untuk dilaburkan semula...
      3.) pelabur 3 = mereka yg hangat2 taik ayam, angan2 mat jenin kata nk hidup senang diusia tua nanti tapi kickstart ape pun xnak buat dari sekarang. melabur dalam jamban je hari2...ape pun xbole laa orang macam nii...



      pelabur 1 = simpan duit sendiri = untung sendiri = disiplin = tidak menanggung variable  interest dan BLR...
      pelabur 2 = simpan duit menggunakan pinjaman bank = disiplin = dividen berganda sebab ade jumlah yg banyak...

      pelabur 3 = simpan duit..ewmmm..duit = wang = money = mani...tu jelaa benda yg korg tawu ehh.?? cehhh...


      kebanyakan sekarang orang memilih kaedah pinjaman ASB sebab mudah dan senang, walaupun terpakse menanggung interest.
      dividend dapat lebih banyak, berganda2 daripada simpanan ASB sendiri yg memerlukan disiplin yg tinggi untuk konsisten setiap bulan


      tapi, kalau korg fikir boleh untung buat loan ASb dengan dividend yg ditawarkan
      cuba korg fikir balik...
      xkan bank pulak nk menangung kerugian bayar dividen korg.,
      bank xkn nak mempekenalkan produk yg bank akan rugi..kiranya dalam kes ini, sama2 untung la jugak...walaupun aku rase bank untung lebih =)

      kalau interest 5.25% per annum selepas tolak BLR, memang la untung...
      cuba kalau tahun2 depan bank letak interest 12% per annum.? 
      xkira la berapa BLR yg bank tawarkan sekalipun....
      caner agaknye nk bayar interest tu kn.???


      bagi aku kn....untung atau rugi ASB ni bergantung dengan bagaimana pelabur melihat skim itu dan kebijaksanaan pelabur semasa menyimpan dan mengeluarkan duit dividen...
      jangan hanya fikir tempoh matang selepas 20-25 tahun sahaja...


      tapi dalam memilih term loan dan interest antara bank, buat keputusan dengan tepat.
      jangan buat keputusan terburu-buru tanpa membuat pengiraan terlebih dahulu...


      figures never lie... i love that word   =P



      meh usha caner contoh pengiraan dividen ASB pulak...


      PENGIRAAN DIVIDEN ASB
       

      dalam menilai pulangan ASB, Dividend dan Bonus adalah berlainan sama sekali formula kiraan nye..sebab ini cuma simple math dan xde kaitan langsung dengan Persamaan Linear ataupun Kamiran...

      katakan tahun ni PNB umumkan dividend 8.0% dan Bonus 1.5%
      jadi, keuntungan setahun adalah   8.0 + 1.5 = 9.5%  betul..???

      waaaaaaahhhh, untunglaaaa...banyak cantikkk....
       
      Dividen ASb dibayar mengikut baki purata minimum sepanjang 12 bulan yg lepas( setahun )...
      Bonus ASB dibayar mengikut baki purata minimum sepanjang 120 bulan yg lepas (  10 tahun )...
      Bonus ASB 1.50% hanya akan dapat penuh, kalau baki purata minimum pelabur kekal tidak berubah sepanjang 120 bulan tersebut


      kalau baru mula melabur tahun lepas, jangan la nk berangan nak enjoy duit Bonus tu kat TGI Fridays. bonus yg korg dapat bukan 1.50%, tapi around 0.1% je kn.???


      meh aku tunjuk pulang draf pulangan dividend setiap tahun yg bakal dijoli oleh kaki suka joli yg xde mase depan ini....lagi bagus kalau korang simpan je oke  =)



      minimum ASB Loans = RM10,000           minimum tenure = 10 years
      maximum ASB Loans = RM200,000        maximum tenure = 25 years

      cth : 
      ASB Loan = rm 50,000
      tenure = 25 years ( 300 months )


      > katakan dividend tahun ini PNB sahkan sebanyak 8% keuntungan...
      >>> kadar inflasi tidak dikira..
      >>> wang keuntungan ASB tidak dikeluarkan langsung dan dikekalkan sepanjang tempoh 25 tahun...
      >>> pinjaman ASB mula disburse iaitu bermula semenjak awal ashaari    permulaan tahun  = 1 Januari = new year...
      dividend sebelum dan selepas inflasi 1998
      paling meletop tahun 1996
      sebab tu otai2  msh lg percaya dgn ASB




      LOAN
      RM50,000

      THN
      + 8% DIVIDEN
      KEUNTUNGAN


      1
      4000
      54,000

      2
      4320
      58,320

      3
      4666
      62,985

      4
      4,039
      68,024

      5
      5,442
      73,466

      6
      5,877
      79,344

      7
      6,347
      85,691

      8
      6,855
      92,547

      9
      7,404
      99,950

      10
      7,996
      107,946

      11
      8,636
      115,582

      12
      9,327
      125,909

      13
      10,073
      135,981

      14
      10,878
      146,660

      15
      11,749
      158,608

      16
      12,689
      171,297

      17
      13,704
      185,001

      18
      14,800
      199,801

      19
      15,984
      215,765

      20
      17,263
      233,048

      21
      18,644
      251,697

      22
      20,135
      271,827

      23
      21,745
      293,573

      24
      23,466
      317,859

      25
      25,365
      342,424

      * kiraan ini hanya kiraan kasar
      ** kiraan ini tidak termasuk Bonus
      *** kiraan ini hanya kiraan keuntungan dan tidak termasuk modal pembayaran pinjaman dan variable interest

      bagaimana cara korg nak melabur, itu terpulang pada kebijaksanaan, pilihan skim, dan pilihan bank masing2...

      ada yg kata buat ASB Loan lebih untung daripada simpanan bulanan melalui ASB sebab ASB Loan pulangan dividend berganda tapi ada jugak yg tidak menyokong...


      renung-renungkan...
      dan selamat membuat pelaburan bijak  =)


       AMRAN   AMARAN MESRA KAWAN

      => pastikan setiap duit divident yg dikeluarkan, TINGGALKAN BAkI DIVIDEND minimum rm 300++
      => jadikan la tabiat bila da dapat gaji tu, mula la menyimpan dahulu sebelum meng'enjoy' supaya ade mase depan sikit bila da tua @ sesak nanti...
      = > bijak2 laa menyimpan sebelum nk joli habis-habisan duit free dividen ASB ni...


      tahniah kepada mereka yg dah mula melabur dalam Amanah Saham Bumiputera ASB

      tapi perasan x...

      masih ramai lagi yg belum nampak apa yg ada depan mata, semua nk guna cara susah..
      kepada mereka yg layak untuk membuat ASB....
      BUKA LAH MATA dan mulakan langkah bijak anda...


      yang menguap dan lapar,
      muhammad hilmi saifullah bin abdul rahim
      a.k.a 
      jake meister
       
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...