Tuesday, August 23, 2011

wonders of the world

LOL. i honor these as another few wonders of the world..
behold ....

1.)  RAMREE ISLAND


 lokasi : Burma
kematian besar manusia yg pernah dicatat  buku 555  hasil usaha daripada lebih dari 1000 buaya darat  air masin menyerang manusia in a single attack. Menyebabkan 900 askar jepun hilang dari WWII. 20 askar ditangkap askar British, 500 yg lain berjaya lari. Baki daripada tu...kene NGAP..
Pulau ni jugak tempat askar Jepun bertempur selama 6 minggu dalam Battle of Ramree Island,Feb 9, 1945
 Selain daripada Pavillion, KL port2 buaya  darat  ni jugak menjadi port kpd jumlah besar kala jengking ngn nyamuk tropikal
 Serangan buaya Ramlee  Ramree dicatatkan sejarah sbg "the greatest disaster suffered from animals" dalam Guiness World Book of Records.

 2.) THE DOOR TO HELL

lokasi : Turkmenistan
orang2 kampung Darvaza panggil tempat ni pintu ke neraka disebabkan api yg sentiasa marak dan xpernah padam selama 40 tahun. tahun 1971, geologist yg menjalankan kajian tanah telah menjumpai gua bawah tanah yg luas dan disebabkan itu, bunbung gua itu runtuh bersama dengan kelengkapan menggali sekali.
 Disebabkan bengang dengan kekerekan menjadi jadi dari siling gua yg runtuh tersebut, geologist membakar gua yg dah jadi kawah tu sambil ketawa dengan bongkak selain disokong oleh fakta yg  kawah seluas 70 meter itu dihuni oleh jumlah metana yg banyak.
Okayyy..sebenarnya... disebabkan takut dengan jumlah gas beracun yg melampau,gelogist bakar tempat tu dengan harapan api yg membakar metana itu akan padam selepas beberapa hari. Tapi, dah nasib..Geologist tu dulu pun, suka monteng kelas Matematik Tambahan macam aku dan menyebabkan jangkaan beliau silap. Api tu xpernah terpadam dan masih lagi membara hingga harini.

3.) YUNGAS ROAD

 lokasi : Bolivia
 North Yungas Road yg sepanjang 69km yg menghubungkan La Paz dan Coroico. Laluan utama ni menjadi legend sebab telah makan lebih 200 - 300 nyawa saban tahun. Apa yg menyebabkan jalan ni angker dan menjadi jalan pembunuh no 1 dunia adalah ....
dengan kelebaran jalan tidak lebih 3.2 meter, tiada penghadang jalan, jalan tidak diselaputi tar dan nikotine  lagi2 kalau waktu hujan jalan akan dipenuhi dengan lumpur, hampir setiap minggu boleh nampak bangkai kenderaan yg jatuh dari sini. FUUUUUU
apa kata drifter2 sekalian.? berani nak test skill drifting masing2.??

4.) ALNWICK POISON GARDEN


lokasi : United Kingdom
disebalik pintu yg dikunci,kebun ini fully utilized untuk penanaman tanaman yg merbahaya dan boleh membunuh. Tanaman2 yg pelik termasuklah 'flame-shaped beds which contains belladonna,tobacco,mandrake,canabis and cocain'
memang seronok kalau kaki2 weed dapat petik weed kat sini. Heaven ouhhhhhh...!
tapi toksah nak berangan, Alnwick Garden ni ada lesen khas Home Office for planting these deadly plants.
aku rasa sini lah idea asalnye game 'Plant vs Zombie' tuh kan.?


5.) ASBESTOS MINE


lokasi : canada
Asbestos adalah gabungan mineral silika yg digunakan utk exploit for their desirable physical properties. 
Bila dah terdedah terlalu lama dgn asbestos fiber ni boleh menyebabkan kanser yg serious.
disebabkan ini, Quebec-based LAB Chrysotile dah umumkan cuti raya sampai lebam kat sume pekerja lombong tu..PEHHHHH

6.) SOCOTRA

lokasi : Yemen
Selain daripada port lepak atas divider divider kt highway Karak. Port ini juga diminati oleh alien dan jin nak bertendang. Dengan iklim yg kering, xde 1 pun tumbuhan kat sini yg dapat kita jumpa kat tempat lain.
Antara tumbuhan pelik yg ada kat sini, Dragon Tree Blood, pokok berbentuk Payung yg diluar tabi'i, ade jugak pokok2 da haiwan pelik yg lain wujud kt sana termasuklah  Didier Drogba dan  Sir Alex Ferguson.

7.) ROTORUA


lokasi ; New zealand
Bandar Rotorua dikenali sebagai bandar yg aktif dgn akitiviti biotermal. Dengan jumlah geyser yg melimpah ruah, dan kolam lumpur yg sentiasa menggelegak tahap dewa, adalah port yg paling sesuai untuk korang berendam dalam tu untuk menyucikan dosa kuat hisap weed.
Disebabkan oleh aktiviti panas senggama Bumi, kolam lumpur dan geyser ini banyak membebaskan sebatian sulfur ke atmosfera dan meninggalkan bau tungkik pada sesiapa yg suka menghidu

8.) MOUNT RORAIMA

lokasi : Venezuela,Brazil and Guyana
Tengok pun dah tahu yg bentuk permukaan gunung ni macam meja makan. Dengan ketinggian rata 400meter dari paras aku cangkung, menjadikan gunung ini hanya boleh didaki oleh pendaki yg berpengalaman. Kat atas ni, hujan turun hampir setiap hari dan menyebabkan kejadian tanah runtuh macam kat Bukuit Antarabangsa tu perkara biasa.
Hujan yg selalu turun menyebabkan terhasilnya Air Terjun Angel yg lokasinya 130km dari gambar ini diambil.
oh, sebelum aku lupa,atas ni juga ada spesies unik macam kat Alnwick Garden, periuk kera karnivor ( pelik.?? )

9.) SNAKE ISLAND ( Ilha de Queimada Grande )


lokasi : Sao Paulo,Brazil
Antara pulau yg susah dimasuki manusia. Anggaran ada 1 hingga 5 ekor ular setiap meter persegi.
Dalam pulau ni jugaklah, lahirnya Dajjal,    Doraemon   Golden Lancehead antara ular yg paling berbisa lebih daripada bisa yg keluar daripada mulut Kak Rokiah yg suka mengeluarkan kata2 dusta
Dgn adanya ular setiap meter persegi camtu,aku rasa lagi suka kalau aku tengok dalam zoo. boleh jugak aku ketuk2 cermin kandang ular tu kalau aku xsuka kat dia. HAHAHA

10.) GREAT PACIFIC GARBAGE PATCH


Vortex sampah.! lautan pasifik dah jadi tempat pengumpulan sampah. 
Dengan bahan beracun yg terkumpul,dah boleh menyebabkan ekosistem terancam. Setiap hari,volume sampah yg berada di permukaan laut ini semakin bertambah.
Tong pengumpulan sampah yg kecil tu pun aku da xtahan, inikan lagi kalau dah berjuta macam ni.


Save your Environment, Save the World


nilah entry gua yg paling banyak gambar sekali
time 4.41am
okeh,waktu bersahur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...