Monday, November 01, 2010

real estate dan properties


umur da makin tua masuk january tahun depan..
hadiah xtawu lagi dapat ke x..

usia da makin meningkat, rumah sendiri belum ada. ngah enak lagi mengangkang duduk free kat rumah parents...

kadang2 aku tertanya jugak, bila laa parents aku nk halau aku dari rumah, dan suruh aku duduk rumah sendiri..tu belum lagi kalau aku da kawen naty tu....

nasib baik laa dorang tanak halau...rumah sendiri pun belum ade lagi...hahahaa

kalau x, terpaksa merempat kat tepi bukit buat rumah pakai kotak laaa jawabnye.....
hik3 =p

semenjak mula ada komitment dengan kerja dengan institusi kewangan ni, aku mula fikir macam2...

investment, business, future = retire well

aku terfikir nak beli rumah, dan masih lagi sedang mengumpul dana yg membolehkan aku membayar  10% - 20% deposit rumah. 
jadi kalau korang tertanya2 cane nk beli rumah sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijadikan asas pelaburan, meh jenguk sikit kat sini...

ini adalah soalan  yg biasa pembeli akan buat sebelum beli rumah 

1.) apakah kos dan charges yg mungkin jika mahu membeli 1 unit property.???
kalau teringin nk beli 1 unit rumah/apartment directly daripada developer
- initial deposit min = 10% daripada nilai hartanah bergantung kepada offer yg ditawarkan. 
a) loan application fee - sesetengah bank boleh waive fee itu bergantung kepada offer.
b) insurans ( MRTA & fire insurans )
c) stamp duties
d) legal fees and cost ( lawyer, signing, etc )
e) utility ( bil elektrik dan bil air tertunggak )
* MRTA = Mortgage Reducing Term Assurance (  ini yg melindungi pinjaman korang in case ade sesuatu yg buruk terjadi kat peminjam )*

kalau teringin nk beli 1 unit sub-sale house/apartment daripada vendor 
a) cas proses loan ( loan application fee ) - sesetengah bank boleh waive fee itu bergantung kepada offer.
b) insurans ( MRTA & fire insurans )
c) stamp duties
d) legal fees and cost ( lawyer, signing, etc )
e) valuers fees and cost
f) utility ( bil elektrik dan bil air )

in case kalau tertanya2 ape berapa kene bayar "valuers fee" dan apakah "valuation report" tu, bio den tlg explain sikit2...
* valuation report*
  •  report survey yang dilakukan oleh pihak bank utk memastikan harga rumah tidak kurang daripada nilai pinjaman yg ingin dipinjam..
  • bagi mereka yang nk membeli rumah dan nk pinjam daripada bank, report daripada Real Esate Valuation firm yg dikenali oleh pihak bank memang diperlukan...
  • biasanya pihak bank akan mengenakan cas bayaran RM300 - RM800 utk nilai apartment yg biasa ( this is valuers fee )
2.) bagaimana nak membayar unit yg dibeli dan bila nk membayarnya.???
kalau beli 1 unit rumah/apartment directly daripada developer
  1. harga yg ingin dibeli ( purchased price ), dibayar oleh pembeli secara ansuran kepada developer seperti yg termaktub dalam "Third Schedule of Sales and Purchase Agreement ( Schedule Of Payment of Purchase Price )"
  2. setiap notis mengenai pembayaran berdasarkan "Third Schedule"  haruslah disokong dengan dokumen yg disahkan oleh developer's  architect in charge
kalau beli 1 unit sub-rumah/apartment daripada vendor
  1. harga yg ingin dibeli haruslah dibayar seperti yg termaktub dalam 'Sales and Purchased Agreement' diantara pembeli dan vendor.
  2. pembeli harus faham betul2 dan bersetuju dengan agreement sebelum sign. consult dengan lawyer kalau ade sebarang pertanyaan. ( jangan main sign je oke

biasanya bank akan mengenakan charge interest mengikut kadar BLR..
Base Lending Rate (BLR) adalah kadar pinjaman dasar yang dikira oleh institut kewangan mengikut formula kewangan yg mengikut akaun institusi itu dan lain2 kos administrative.

Senarai dibawah ini adalah kadar BLR terkini dari bank-bank Malaysia setakat ini

 
No.
Banking Institution
Effective Fr.
BLR (% p.a.)
1
Affin Bank Berhad
13/07/2010
6.30
2
Alliance Bank Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
3
AmBank (M) Berhad
13/07/2010
6.30
4
Bangkok Bank Berhad
14/07/2010
6.30
5
Bank of America Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
6
Bank of China (Malaysia) Berhad
14/07/2010
6.30
7
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia)
14/07/2010
6.00
8
CIMB Bank Berhad
13/07/2010
6.30
9
Citibank Berhad
13/07/2010
6.30
10
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
15/07/2010
6.30
11
EON Bank Berhad
14/07/2010
6.30
12
Hong Leong Bank Berhad
14/07/2010
6.30
13
HSBC Bank Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
14
J.P. Morgan Chase Bank Berhad
15/07/2010
6.20
15
Malayan Banking Berhad
13/07/2010
6.30
16
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
13/07/2010
6.30
17
Public Bank Berhad
13/07/2010
6.30
18
RHB Bank Berhad
13/07/2010
6.30
19
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
13/07/2010
6.30
20
The Bank of Nova Scotia Berhad
14/07/2010
6.30
21
The Royal Bank of Scotland Berhad
15/07/2010
6.00
22
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
13/07/2010
6.30
Source : Bank Negara Malaysia
Rates changed since 13/07/2010
Rates updated on 17/09/2010

bagaimana nk kira BLR..???
BLR ni bergantung dengan bank mana yg korang nk pinjam dan bergantung jugak ngn pakej yg diambil...

cth :
house = RM 577,000.
tenure = 30 years ( 360 months )

katakan Bank X menawarkan package BLR -1.5% utk 30tahun ( BLR= 6.30% )

jadi 6.30 - 1.5 = 4.80% . kalau nk amek full loan bermakna 90% daripada RM 577,000.

jadi, amaun yg dipinjam  90% x Rm 577,000 = Rm 519,300.

interest rate 4.80% per annum of the loan amount

jadi, sebulan kene bayar +-  rm 2273.38 ( sebelum mengira reducing balance )

sangat best bila umor belum 40 da dapat beli mansion hoho
 gaji sebulan min Rm 3,500 sebulan bole ler nk angkat umah setengah juta =P

rumah, properties, emas, ASB juga adalah tergolong dalam asset...
tapi kereta, motor, kad kredit adalah tergolong dalam liability...

liability = hutang

pastikan tangungan komitmen, monthly expenses, dan liabiliti bulanan tidak melebihi 1/3 daripada gaji anda....

bila liability jadi keutamaan



dah bersedia nk beli rumah untuk diri sendiri atau nk jadikan rumah sebagai aset.???



    aku teringin nk kumpul asset dan bukan nk kumpul liability
    supaya bole buat muka camni bila da tua naty..
    hahhahahaaa

    harap2 cepat laa rezeki aku bertambah ye x...

    start yunk young...earn young....


    - DISCLAIMER: Kalkulator di sebelah ini hanyalah cadangan semata-mata ia mungkin berbeza sedikit dari jumlah bayaran bank sebenar korang =======>>>

    ** if there's anything u would like to share about, feel free to drop me few comments bout real estate yahx =p

    Monday, October 25, 2010

    K.O.S.O.N.G

    jam dekat phone sudah menunjukkan pukul malam, waktu baru lepas hujan...aku bergerak daripada Bandar Diraja Klang dan terus balik ke rumah.

    esok ada kurus induction kat Bangi. 3 hari pulak tu kene gi sana.haishhh....

    sampai saje kat rumah, aku terus landing atas katil. cuba untuk memikirkan sesuatu. satu cara alternatif untuk aku menyelesaikan masalah yang aku ade. aku cuba untuk bawak diri aku keluar daripada kotak pemikiran biasa. pro dan kontra sesuatu cara penyelesaian.

    dan sekarang, malam makin larut....

    tp, kepala aku semakin lame semakin blur, semakin....kosong...

    ditambah pulak dengan beberapa kebetulan dalam sehari dua ni yg boleh dikatakan membuatkan aku menjadi bertambah risau, menjadi lebih takut dengan kegagalan sesuatu rancangan tu..

    dulu, mase aku kecik.. kadang2..ape yg aku rancang dan harapkan, xsemua akan berhasil, memang sangat frust dan diakui aku bengang bila plan yg dibuat beberapa kali gagal.

    jadi aku cuba untuk mengubah situasi dengan cuba rancang, tapi kali ini aku anggap yang benda yg aku rancang xmungkin akan jadi dan xletak harapan tinggi pun.yang aku peliknye, berhasil pulak ape yg dirancang. cehhhh...

    dan bila ade orang kata....


    'we wont always get what we wanted the most'

    'manusia cuma mampu berserah pada Qada' dan Qadar Allah Taala setelah kita merancang dan Tuhan yg menentukan segalanya'

    itu kata2 yg memang aku sangat setuju...

    bila berserah pada nasib semata2..,

    itu cerita dulu.

    sekarang pada aku, nasib kita, kita boleh ubah lagi...
    kita yg tentukan mane hala tuju yg kita nak sebenarnye walaupun akhirnya dan sentiasanya memang kene serah pada yg Maha Berkuasa.
    selagi kita xcorak,selagi tu benda tu xsiap...

    'usaha adalah tangga kejayaan'

    'usaha yang gigih untuk berjaya harus sentiasa tanamkan fikiran positif dan buang perkara negatif selain daripada tawakkal'

    itu adalah perkara yang selalu aku latih kepala aku untuk fikir... .

    fikirkan perkara positif dalam mencari alternatif.

    dan kerana itu, aku jarang ade perasaan takut dengan ape2 benda yang suka ade perangai menyusahkan hidup orang lain sekalipun dalam dunia ini, baik hantu, jin, perompak, pencuri, kaki pukul, gangster..

    maksud aku, benda yg umum laaa.
    ade tu ade la jugak, tapi aku hadap je =)
    dan aku harap, aku masih lagi boleh hadapi dengan rileks =)

    tp, ade antara semua tu, ada salah satu benda yg paling buat aku takut.dan benda ini selalu ada untuk mencabar aku....

    dan aku pasti benda ini jugak yg selalu mencabar hidup korang, mencabar ketakutan korang, dan ini adalah ketakutan yg paling buatkan seseorang boleh jadi seperti pengecut bila dunia yg kejam ini mengejar erti kehidupan yg sebenarnya...

    fear....
    what are the most thing that u fear to face in life...???

    to me...
     
    the most thing that i fear in life...is really, a QUICKSAND...

    the most thing that can develop fear in life is when u facing a problem, A MAJOR ONE...! 
    and then, another one follows, and another one, and another one...
    and it makes u feel like u are in a dead end. with no way out, no way to encounter...
    it was so hard to handle, to solve, to get help, to put your head together in a right mind.

    the harder u try to settle, the more u push, the more u fail...
    try to get the way out, keep pulling urself up, just to get a moment to breath...
    but the harder u try, the deeper u sink...
    until u cant move, u cant breath, u cant think...
    and u sink deeper..and deeper.......

    just like.... QUICKSAND...

    memang..perkataan itu memang sengaja aku buat font 'italic'
    supaya ramai yang boleh perasan..

    sebab aku pasti ramai yg pernah mengalami perkara yg sama macam aku sekarang ni...

    kalau xpernah, memang korang antara yg beruntung laa...tahniah

    bagi sape yg xmempunyai mental yg kuat, tu yg jadi kes bunuh diri, jadi gila, merogol budak bawah umor, amal buat benda yg bukan2...

    harap2 benda2 macam tu xjadi laa kat kita semua an.? amiiin

    tapi hari ini, untuk kesekian kali dan untuk keberapa kalinya dalam hidup ni, pasir jerlus ini masih lagi cuba untuk menyelubungi hidup aku dengan ketakutan dan kemurungan tiap kali aku cuba untuk fikir cara penyelesaian sesuatu...

    dan malam ini, aku xtahu ape yg sedang aku fikirkan, aku betul2 xde mood, dan fikiran aku betul2  K.O.S.O.N.G

    sighhhhh***

    Wednesday, September 22, 2010

    sekali sekale pun guwa mau jiwang jugak

    suatu ketika dulu, inilah ape yg aku rase...

    sesuatu yg kite sedar  hanye bile berakhirnye sesuatu hubungan...


    bila kita sayang org tu

    kita tunggu dia lme pon xpe
    tp bile dye tunggu kita..??dia marah2
    aty kate,xpe..adatlaa ade yg menunggu dan ditunggu

    bila kita sayang org tu
    kite xtdo pon xpe lyn dye yg ngah bosan
    tp bile kite bosan,ade dye layan kite?
    aty kate,xpe..dye bz kowtt..

    bila kita sayang org tu
    kite kol nk ckp ngn dye,
    tp dye silent atau matikan
    bile jd camtu,xpe..
    aty kate, xpe..betry low 2,xpon ngah bz sgt2

    bila kita sayang org tu
    kite cbe nk mengadu sesuatu,tp rasenye macam cter ngn almari lg baik
    ble jd camtu, haiiihhhh..
    aty kate,xpe..salah time kowt nk ajak bercerite

    bila kita sayang org tu
    kite cube dgr stiap mslh dye
    dan bg dye setiap perhatian yg dye ptot dapat
    tp bile kite nk perhatian dpd dye
    mintak 10, 12 pon xdapat2
    aty kate, xpe...aty kite tolak tepi,jage lah aty dye,sian dye

    bila kita sayang org tu
    kite jd xtentu arah bile dgr dye sakit
    tp bile kite sakit
    dye siap kua ngn kwn o skandel lain meraikan hari itu
    aty kate, xpe..xkn dye nk berkepit ngn kite 24jam

    bila kita sayang org tu
    kite jarang nk pentingkan diri sendiri
    tp dye hipokrit thp baboon afrika
    aty kate, xpe...dye mmg mcm tue,kne laa terime seadenyee

    bila kita sayang org tu
    kite xsanggup nk tgk dye menderita
    tp dye xpernah nk hargai diri kiter
    aty kate,bialah..dye blom sedar yg kiter tlalu sygkn dye
    asalkan dye bahagie,udahlaa..kite pon bule tumpang bhgia jugak..agaknye

    bila kita sayang org tu
    kite sanggup untuk tinggalkn dye selame2nyee
    tp adeke dye tawu pngorbanan kite.?
    aty kate,xpe...dye lbeyh berhak utk bahagia dpd kite

    bila kita sayang org tu
    kiter kate, xpelaaaahhhhh
    kite pon dah tinggalkan dunia
    moge dye bhgie selalu tnpe kite
    aty kate, xpe laaa....ape2 yg dye buat pon, kte ttp syg org tuu......

    susah ke utk meminta maaf, berbincang atau terangkan sesuatu demi

    sesuatu dpd berdiam diri membatu..??
    haishhhhhhhhhhhh......



    i believe in a long relationship, to have and to hold for eternity...
    eventhough if its only a while, i like to keep the happy memories to shine inside the darkness in me...
    never blame fate, never blame anyone, we made our own fate by the God approval
    stay positive, be positive
    i will never do the same mistake ever again...
    and i wont be that easy...



    i wish someone can give me that sensitive attention


    guwa bukan emo...


    ini semua cerita lama bro, sekarang guwa xde nak hati taman astakona macam ni lagi. . . hahaha

    Tuesday, September 21, 2010

    dalam perasan atau tidak...


    perkataan2 yg perempuan sukeeeee sangat cakap~~~


    FINE
    Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

    keganasan sebenar wanita terhadap lelaki

    LIMA MINIT
    Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

    TAKDE APE-APE
    Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama lima minit’ dan diakhiri dengan fine.

    PERGILAH!
    (dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘xde ape-ape’ dan diakhiri dengan 'fine'. 'pergilah'(dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘'xde ape-ape’,fine' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'lima minit' apabila dia dah sejuk.

    iyaaaaaargghhhh.!!!
    jaga2 kaw.!!! im watching yuuu..hoh..! hoh..!

    MENGELUH YANG KUAT
    Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘mengeluh yang kuat' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘'xde ape-ape'

    MENGELUH YANG PERLAHAN
    Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘mengeluh yang perlahan' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

    lakonan seorang wanita

    OKAY LAH
    Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

    OKAY LAH’
    bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘okaylah' selalunya digunakan dengan 'fine' bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

    BUAT LAH
    Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

    TOLONGLAH
    Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘'okaylah'.

    TERIMA KASIH
    Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

    TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
    Ini banyak berbeza dari ‘terima kasih. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘mengeluh yga kuat. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘mengeluh yang kuat kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘takde ape-ape.

    wanita asli.???
    dari kiri : Alex Ferguson, Carlo Ancelloti, Arsene Wenger, dan Roberto Mancini

















    hohoho...

    Monday, September 13, 2010

    cita-cita atau impian

    dulu an, mase korang kecik dan hingusan dulu, zaman korang  sekolah rendah la senang cerita, standard 1 until standard 3...standard lagi taw, belum modified coz masing2 semua pun macam naif dan suciiiiiii je bila aku tengok muka masing2 waktu tu..

    sekolah rendah dulu, aku sekolah kt S.K Sungei Way. sekolah yg menjadi kebanggan bila aku mula bertapak mengenal ilmu..


    lokasi : Sungei Way, Petaling Jaya ( bersebelahan Federal Highway, bertentangan Guiness Stout Factory )
    pix : failed to upload ( sorry..system hang )


    korang mesti selalu dengar cikgu2 sekola korang bila mengajar subjek mesti akan tanye soalan wajib ini...

    "murid-murid, ape cita-cita kamu semua bila dah besar nanti? mesti kamu semua nak jadi orang yang berjaya bukan?"

    "cikgu yang cantik ni nak tanye seorang demi seorang apa cita-cita kamu semua ya, baik bermula dengan kamu Kamal dan diikuti kawan sebelah"

    "saya nak jadi angkasawan, cikgu yang cantik" kata Kamal

    "saya nak jadi pilot ,cikgu"

    "saya xnak jadi cikgu,cikgu..saya mesti nak jadi pilot pasal pilot selalu dikepit perempuan cantik dalam kapal terbang tu"

    kebanyakannya semua nak ada cita2 yang gempak2, harap2 korang berjaya laaa ehh..amiiiiiiiiin....

    tp aku.?

    "saya nak jadi pirate, bole dapat banyak duit emas dan harta karun" aku ajuk balik kata2 member aku yang kata nak jadi pilot tadi dalam bahasa aku sendiri..

    'bagus, cita2 yang murni tu hilmi" reply cikgu Annama dengan muka yang dengki    normal seperti cikgu2 yg lain...

    ya, itulah aku..suka mencarut mengarut semenjak dari kecik lagi dan tabiat itu semakin develop dari hari ke hari..

    aku xtahu laa korang punye cita2 tu termakbul ke x..xde pulak aku dengar berita si budak Kamal ni jadi pilot. yang aku dengar cuma Dr Sheikh Muzaphar yg berjaya harumkan nama malaysia dengan berjaya membawa makanan malaysia ke ruang udara vacum. 

    motif bawak makanan and exaggerate about it.?? 
    -unknown....

    hari ini.? niat murni dan usaha aku untuk jadi pirate dan pegang duit emas belom lagi nk jadi kenyataan..
    yang aku pasti, usaha aku untuk menjadi pirate tercapai dengan membaca manga one piece sedikit sebanyak, terubat jugaaak rindu aku untuk jd pirate....
    best manga niee...
    bermain penuh dengan emosi dan saaaaaaaaaangat lawak...

    boleh dikata favourite manga aku laaa jugak  =)




     kalau nk ikot bace, bole gi kt website nieee
    http://mangastream.com/read/one_piece/98271344/1 

    aku sebenarnya minat nk cube main bisnes dan cuba untuk expand aset yang ade. sampai bila aku nk duduk bawah ketiak  hidup orang lain..? 
    kerja yg aku buat sekarang sikit pon xde kaitan dengan kos yg aku amek mase dalam Politeknik Port Dickson dulu...


    sampai laa aku jumpa info tentang syiling emas, kijang emas, dinar emas yg ditawarkan oleh bank-bank dalam malaysia.

    =bank yg menawarkan
    -cawangan tertentu Maybank Bhd 
    -cawangan tertentu di UOB bank
    -simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public bank
    -dinar emas kelantan
    -gold bar di Public Fine Gold
    -ataupun...menggunakan teknik Ar-Rahnu di bawah Agrobank


    kebaikan : 
    harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM4000 ++)





    Syiling nie bole dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . nie boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. 
    untung..?? baaaaaaaaaaaanyaaakkkk.!!!

    nk senang, pegi jeee mana-mana  ar rahnu yang membantu rakyat malaysia memiliki harta dalam rupa EMAS…..tahniah kpd AGROBANK

    bole jugak kalau nk pajak bila xde duit   =) 

    okeh, sekarang....
    jom tengok harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun dahhh ) lama punya story....


    18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
    sampai 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

     
    Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )

    Amacam? nak beli emas tak??

    agak2 kalau terase nk buat loan untuk beli kijang emas ni pun, aku rase masih lagi berbaloi kalau tengok harga kenaikannya...

    harga emas susah nak turun, dan commodities ni da diwarisi sejak turun temurun....

    ini rupa syiling kijang emas kalau korang nk tengok secara dekat...






    <<===

    makcik kat sebelah nie bukan mak aku, bukan kakak aku,bukan jugak salah seorang daripada  kaum kerabat diraja nepal...

    harap maklum....   

     

     

     

    aku belum mampu lagi nak beli... tapi, kalau ada rezeki....

    insyaALLAH....

     semoga cita-cita dan impian yang aku rancang dalam perjalanan hidup aku ini tercapai hendaknyaa...

    sama2 lah kita berjaya oke kawan-kawan.?? 

    =)

    Emas sebagai simbol kejayaan.

    Untuk pengetahuan korang, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan.
    Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.

    bila SPAIN menang WORLD CUP 2010
     cuba tengok sendiri kenapa SPAIN  yg hebat, gempak, terbaik, da' bomb julang piala yg diperbuat daripada 
    emas 18 Karat....
    jisim 5 kg....
    perrgggghhhhhh.....kenyang tujuh keturunan kalau aku dapat rembat dan kasi lebur dan buat tukun kat rumah....simpan dalam 20 - 30 tahun, agak2 xde duit...kasi jual laaaaaa...!!!


    **wink2**
    masyuuuuukk  $$$$$$$

    hebat kn spain...??? 

    spain bagus.? spain cemerlang.?

    aku tawu...xpayah cakap pon mmg aku da tau dahhhhhh.....

    FIFA World Cup Trophy



     










    <<==== nampak kn.??? hahahahaha

    dah2...aku nk gi beraya umah member aku kt shah alam nieee....
    bising plak dia nanti...

    tata =)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...