Saturday, November 20, 2010

pelaburan Emas

korang minat membuat pelaburan jangkamasa panjang.???

melabur ni ada banyak jenis dan aku pasti ramai yg tahu pasal melabur ni.


ape tu definisi pelaburan...?


Pelaburan adalah pembelian dan penjualan aset dan instrumen kewangan
selain daripada wangtunai. Sumber pelaburan adalah daripada Akaun
Hasil Disatukan atau Kumpulanwang Amanah.


Pelaburan ada banyak jenis, antaranya :

  1. Saham dan Syer
  2. Deposit Dalam Negeri
  3. Deposit Luar Negeri
  4. Pelaburan Lain
  5. Pelaburan dalam bilik termenung


aku faham kalau korang minat melabur tp xtahu platform mana nk guna
  1. Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
  2. Hartanah 
  3. Unit Trust
  4. Saham dan Syer
tapi,pernah dengar pasal pelaburan dalam equity mas cotek  emas..??? 


definisi pelaburan emas


emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. pelaburan dalam emas memang akan menguntungkan pelabur. tempoh paling rendah untuk menyimpan emas sekurang2nya adalah 1 tahun


dalam pelaburan ni, kesabaran paling penting


entry ni adalah sambungan daripada entry lama dulu >> xberani mau klik sini ke bro.??? <<




akak  emas fizikal
kijang emas


emas GIA

pelaburan emas terbahagi kepada dua iaitu emas fizikal, dan emas GIA 
  1.  emas GIA ( beli emas atas kertas )
  • ada naik turun harga
  • beli harga rendah, jual harga tinggi 
  • tidak boleh digadai
  1.  emas fizikal 
  • walaupun beli pada harga tinggi, ia boleh digadai pada bila2 masa untung mendapatkan tunai segera
  • gunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk dapat keuntungan
  • pajak emas fizikal, kemudian masukkan dalam akaun GIA
  • pajak emas, beli lagi emas fizikal,kemudian pajak lagi, dan lepas tu beli lagi emas fizikal
ape yg aku nk maksudkan kt sini ialah jadikan emas sebagai salah satu pelaburan

nak tahu kenapa.? sebab...
INFLASI = Pembunuh Mata Wang.!!!

meh aku terangkan dalam bentuk contoh...

Bayangkan taylor swift ngah goyang2 punggung baiiik punya depan korang  tahun lepas, harge cendol pulut RM 1, tahun ni pulak harge cendol pulut dah naik +RM 0.50..

"ape kes lu mat sampai harge naik ini macam.?"

"biase laa,harge gula da naik,sume benda pun naik sekali."

 See.?  
cuba bayangkan harge 10tahun lepas dengan sekarang, harga macam mana beza nya.??
karipap 10sen dapat 3ketul

bayaaaaaaaaangkannn....
maknenye,nilai matawang kita semakin susut sama macam Kuman Kutu ( jgn pandang belakang congkak ) kalau minum JM5,

bukan sebab harga barang makin mahal, tapi disebabkan pencetakan wang kertas tanpa had dan tidak bersandarkan pada emas.

secara purata nilai inflasi Malaysia susut 4%. setahun. bermakna nilai RM1000 sekarang,akan menjadi Rm960 tahun depan.

katakan, Malaysia dilanda wabak penyakit serius yg memerlukan kos perubatan yg tinggi la kn, bermakna wang perlu dicetak lebih unuk menampung kos berkenaan. kalau negara kita berperang.? da tentu kene beli kelengkapan senjata dari negara luar..
laaaaaaagi sekali kena cetak wang...

kita negara pengguna, bukan pengeluar. jadi matawang kita sentiasa berisiko pada bila2 masa.

jadikan emas sebagai alternatif wang kertas

tengok ape yg jadi kat Iraq, sekejap je nilai matawang dorg menjadi "tiada nilai" disebabkan peperangan.

kalau Singapura atau Thailand serang Malaysia, rase2 berapa lama diperlukan untuk keluarkan wang korang sebanyak RM 200,000 daripada bank.? da tentu lama dan berguni nk letak wang tu kan.?matawang Malaysia hanya mahal dalam Malaysia sajeee..
kalau emas,cuma perlukan 3kg je da bole bawa gi mane2 negara,sebab emas memang ade value dimana2 sahaja... 

sedangkan aset dan nilai matawang sesebuah negara juga ditentukan dengan nilai emas dalam negara

Beli Barang Dengan Murah Pada Masa Hadapan

contoh  1 :

2005,  aku xingat tapi xsilap aku kos untuk tunaikan Haji ngn Tabung Haji Bakhil  lebih kurang Rm7000. tapi tahun 2008,kos jadi Rm11500 ( kalau xsilap laaaa =P )
2005 => harga emas  1gram = Rm40
2008 => harga emas 1gram = Rm 109

untuk tunaikan haji tahun 2005, hanya guna 175 gram emas

untuk tunaikan haji tahun 2008, hanya guna 96 gram emas.!!!

kos wang kertas semakin meningkat,tapi kalau guna nilai emas nilai makin kecil

contoh  2 :

2003, harga kereta Civic baru kalau aku xsilap +-Rm90,000 ( malas nk check balik =P )
2003 => harga 1 gram emas = Rm30

jadi, memerlukan 3000gram emas kalau nk beli Civic baru 

2009, harga kereta Civic baru kalau aku xsilap  +-Rm130,000
2009 => harga 1 gram emas = Rm115

 jadi, memerlukan 1130gram emas kalau nk beli Civic baru sekarang


 nampak kan.? berapa ketaranya perubahan nilai emas..???

sama jugak amcam pelaburan Amanah Saham Bumiputera, >> klik untuk info ASB <<
 tapi korang akan mengalami keuntungan lebih lumayan lagi melaui emas...

sejak 7 tahun lepas, kenaikan Dividen emas melebihi  +- 12% setiap tahun dan nilai itu jarang turun...!!! woohooooo

AMARAN MESRA KAWAN
- Penuhkan ilmu kat dada dulu sebelum berangan2 nk terus 'jump' masuk pelaburan emas.
- tanya otai2 pelaburan emas macam  En Syukur ( Admin JutawanEmas.com ) 
- kalau anda meminati pelaburan, dan serius mengenai pelaburan, boleh pilih pelaburan emas...


no knowledge, no gain


selamat membuat pelaburan yg ke-5
=)


time 3:44 am...
yang sangat mengantuk suda,
Muhammad Hilmi Saifullah bin Abdul Rahim



Thursday, November 11, 2010

tips bebas hutang

memandangkan ini topik formal, mari bercerita secara formal dan serius untuk entry kali ini....

hutang satu benda yg memeningkan, betul.???
lagi2 kalau daripada jenis yg liat nk membayar macam sesetengah daripada anda, betul.???

ada berapa ramai antara kamu semua yg beli dan guna apa2 semua guna wang sendiri,,.?

saya ulang....

ada berapa ramai antara kamu semua yg beli dan guna apa2 semua guna wang sendiri tanpa guna wang orang lain,,.?

shopping seluar dan baju, makan kt mapley atau restoran mahal, beli kereta, beli motor, beli awek, beli rumah, biaya pembelajaran untk diploma dan degree..???

ada.???

untungnya bagi mereka..tp, kalau ada diantara anda semua yg guna wang orang lain untuk kegunaan sendiri, ini dikatakan membuat pinjaman/hutang ( loans )

kerana bank bagi dana,bukan menggunakan wang sendiri dari bank, tapi menggunakan wang yg dilabur dan disimpan oleh pelanggan bank itu sendiri dan untuk diberi kepada mereka yg ingin membuat hutang dengan bank dan mereka akan dikenakan faedah ( interest ) yg berbeza bergantung pada institusi itu untuk cover balik wang yg bank dah guna untuk diberi kepada peminjam.

saya juga pernah mengalami perkara sama yg menyedihkan bila nama dah naik ke akaun CTOS =(

bagi mereka yg ingin mencari jalan keluar yg senang tanpa meminjam lagi pinjaman lain untuk melangsaikan hutang lain, meh saya kongsi dengan anda yg berminat

Kriteria Melangsaikan Hutang 

  • semangat yg kuat untuk konsisten
  • rancang betul2 aliran kewangan
  • disiplin 
  • saya berharap supaya penulis blog ini berjaya dengan cemerlang sentiasa di dunia dan akhirat,amin =)

Cara-Cara Selamat Melangsaikan Hutang
  1. periksa rekod perbelanjaan dalam tempoh 12 bulan. setahun adalah jangkamasa terbaik untuk menilai rekod kita. simpan semua penyata bank, resit pembelian, penyata kad kredit dan debit, penyata akad nikah bini baru, atau apa saja penyata yg anda ada. bagi pengaliran wang tunai, rekod dalam buku nota bulanan walaupun diguna semasa hendak membeli burger banjo kak kiah mulut besar yg laser.
  2. kirakan semua jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan.
  3. tuliskan senarai hutang dari A sampai Z. kalau xpasti tentang ansuran rumah, boleh tanya bank untuk kepastian dan selalu kemaskini rekod itu
  4. buat senarai pembayaran minima yg perlu anda commit setiap bulan. katakan, anda berhutang RM2000 sebulan.
  5. periksa dan buat kira2 tentang berapa yg perlu anda bayar untuk bulan2 akan datang dengan menganggap anda tidak ada bayaran tertunggak. ingat, figures never lie..
  6. buat senarai hutang anda. yang sedikit berada diatas sekali, dan yg banyak berada di bawah. contoh: 
  • hutang zakat fitrah dan derma yg belum tertunai = RM 50
  • hutang bil maxis = RM 100
  • hutang nasi lemak ayam dengan kak rosy selama 30hari bulan lepas = RM 150
  • hutang dengan awek sebab nk belanja awek lain = RM 200
  • hutang ASB = RM 500
  • hutang kereta Gen2 cps = RM 550
  • hutang beli rumah = RM 450
     7.   sekarang anda perlu tengok cerita 'istana takeshi' dan jerit seraaaang untuk melangsaikan hutang2 yg mudah dan sering terlupa dahulu. contoh ;
  • hutang dengan Maha Pencipta
  • hutang solat lima waktu sehari
  • hutang doa setiap waktu
  • hutang selalu bersenyum tiap kali ditimpa masalah
  • hutang zikir2 ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
    8.  bila hutang tu semua sudah hampir sempurna, teruskan dengan melangsaikan hutang dunia dengan melangsaikan hutang2 yg kecil dahulu ( hutang bil telefon, hutang kawan, dll)

   9.  dalam langkah no 4 diatas, anda telah kira sebanyak RM 2000 yg perlu anda commit untuk membayar liability sahaja sebulan. bear in mind, sentiasa ingat untuk tambah 10% dalam simpanan extra iaitu RM 200 ( selain daripada 20% daripada gaji untuk simpanan sendiri )

   10.  untuk mendapatkan tambahan RM 200 simpanan extra, anda perlu kurangkan perbelanjaan harian. contoh :
    • rokok winston light - hisap nusantara sudahhhh =p
    • makan mekdi dan nasi kandar 3kali seminggu - makan kt rumah sebelum gi keje
    • xterlepas dari tengok latest movie - cari dvd sudah 6 in 1 pe..
        11.  gunakan wang RM 200 ini untuk membayar dan selesaikan hutang no 1 dahulu. jika sebelum ini anda membayar RM 50 untuk hutang itu sebelum ini, sekarang anda bayar RM 250= RM 50+RM 200 ( sekali sekala bayar lebih untuk derma anak2 yatim dijamin murah rezeki,jgn kedekut sangat =) )...

       12.  hutang pertama dah mula selesa, gunakan RM 250 untuk membayar hutang yg lain dan gunakan kaedah dan formula yg sama . teruskan penambahan sehingga hutang langsai. ia akan memberi impak maksima drifting  untuk melangsaikan hutang dalam masa yg cepat daripada jangkaan awal semasa mula2 berhutang dahulu. ( hutang sendiri, diharap kira sendiri la, ini contoh hutang penulis je =) )

      dengan cara ini, anda akan mempunyai kebebasan mengundi    kewangan yg anda impikan. ini bermula dengan hanya berjimat RM 200 dan nilai ini akan bertambah baik sehingga hutang anda selesai beberapa tahun kemudian...


       RENUNG-RENUNGKAN DALAM2 DAN SELAMAT BEBAS HUTANG =)

      yang berdoa dan mengharap rezeki daripadaNYA selalu,
      muhammad hilmi saifullah bin abdul rahim

      Tuesday, November 09, 2010

      Multi Level Marketing

      10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MULTI-LEVEL MARKETING

      Dalam kemajuan manusia dewasa ini, baik di dunia mahu pun di negara kita Malaysia, saban hari kita lihat manusia itu berpusu-pusu mengejar peluang perniagaan di sana-sini. Dan sejak wujudnya sistem perhubungan yang lebih canggih dengan adanya internet dan khususnya jaringan “social-networking” (seperti facebook, myspace, dll), kita dapati lebih banyak orang mengajak kita untuk “JOIN” sesuatu perniagaan yang nampak “too good to be true” dan sememangnya memang tak masuk akal... untuk orang yang berakal analatikal dan kritis. Macamana modal RM200 sekali join, boleh buat RM2000 sebulan? Macamana modal RM2000 one-off, boleh menjana RM20,000? Betul tak?

      Multi-level marketing, satu istilah keramat kepada ramai orang, khasnya golongan Melayu yang rata-rata bukan drpd golongan perniagaan atau golongan kaya. Inilah market yang sedang rancak menjadi “target”, sedangkan kaum lain yang itu, sentiasa sebok beli tanah, beli rumah, beli bangunan kedai dan seterusnya buat kedai yang pula ada seribu satu macam jenis barang untuk dijual.... kepada orang Melayu tadi, yang sedang sebok buat MLM dan skim piramid di facebook dan di internet. Perniagaan dalam alam maya menjanjikan kekayaan maya jugak, sedangkan perniagaan di alam nyata pula, menjanjikan kekayaan yang memang benar nyata, di luar sana.

      Mari kita bercerita pasal MLM. Adakah anda tahu bahawa ramai cendiakiawan yang berkecimpung dalam bahagian ekonomi di serata dunia mencemuh jenis perniagaan sebegini. Cendiakiawan... apa yang dia orang tahu, kan? Tetapi kepada yang menceburi apa-apa perniagaan, MLM itu adalah suatu kaedah marketing yang paling mustajab untuk memasarkan sesuatu produk, yang juga pasti dapat membawa pulangan keuntungan yang besar. Dengan modal yang sedikit utk jurujual, syarikat MLM akan mencanangkan bahawa perniagaan mereka sangat hebat dan pasti berkesan dalam menjana keuntungan yg berlipat ganda. Anda lihat promosi sebegini saban hari bukan?

      Tapi, saya sarankan supaya anda semua belajar masak-masak dulu tentang apa yang tersurat dan tersirat di sebalik janji manis promoter apa-apa sahaja sistem perniagaan MLM. Tak salah bukan? Lagi pun, bukan anda pinjam duit saya untuk buat bzns, anda yang akan gunakan duit sendiri untuk menggerak langkah kepada kehidupan berniaga. Saya hanya penyampai maklumat dan selama 4 hari saya menulis karangan saya ini, akhirnya nanti, saya sendiri dapat “zero” keuntungan. Saya sendiri buat kerja ini tanpa apa-apa “reward” baik dari segi wang-ringgit, mahu pun kemahsyuran... Jadi, kalau nak join apa-apa perniagaan MLM, fahamilah 10 fakta berikut:



      1. Promoter MLM berusaha menampilkan perniagaan mereka yang hebat sedangkan kebanyakan MLM mencatat kerugian yang sangat besar secara kumulatif.

      Multi-level marketing (MLM atau network marketing) selalu diwar-warkan sebagai satu program yang sgt menarik kpd mereka yg mencari duit lebih dalam kehidupan moden kini. Sesetengah peserta tertarik kerana modal yg diperlukan selalunya adalah sedikit, mereka dapat menyertai satu kumpulan yang mempunyai sepakat berwawasan, terpikat dgn produk yang sungguh ajaib dan hebat, dan dijanjikan dengan pendapatan pasif, residual atau dapat bersara awal (kerana byk untung nanti). MLM selalunya nampak sangat hebat dan sah, tetapi di sebalik tabir, ianya akan merugikan para peserta secara kumulatif. Walaupun kerugian wang atau masa pada peserta adalah sedikit kepada ramai orang, tetapi pada sesetengah yang nekad “melabur”, kerugian mungkin jadi lebih menyeluruh, seperti terhasilnya hutang yang besar, gangguan kpd karier dan juga bankrupsi. Sifat kerugian yang lebih tersembunyi juga terhasil, seperti sifat jelek yang mementingkan materialisme dgn keterlaluan, eksploitasi rakan-taulan, kesibukan perniagaan MLM dan pencarian downline yg berlebihan sehingga keluarga sendiri terabai, di mana ianya boleh membawa (sebagai contoh) kpd perceraian dan kejatuhan maruah seseorang.

      Kebanyakan peserta MLM pada asalnya tidaklah bersifat begitu ghairah untuk menyertai apa-apa MLM tetapi selalunya direkrut atau ditaja oleh seseorang yang rapat dengannya. Mereka dipujuk dan dihasut dengan janji bahawa perniagaan tersebut adalah perniagaan yang sah dari segi undang-undang, dan ianya dapat membantu dalam meningkatan taraf kehidupan dan ianya susah akan rugi. Realitinya adalah berlainan. Dengan mempromosi pencarian ahli atau peserta secara infiniti kepada populasi manusia yang finit di dunia ini, kadar kerugian boleh mencapai 99.9% atau 999 orang rugi bagi setiap 1000 orang yg menyertai sesuatu MLM itu. Sebenarnya, ada skim MLM yang mempunyai kadar kerugian yang lebih teruk daripada sesuatu skim piramid (yg sememangnya tiada produk), kerana perlunya peserta mengeluarkan modal yang besar terlebih dahulu untuk menyertai sesuatu MLM tersebut.

      Perlu juga beringat bahawa kebanyakan mereka yg memujuk orang lain untuk meyertai sesuatu MLM akan berkata bahawa sistem perniagaan mereka bukanlah MLM, tetapi adalah “network marketing”, consumer direct marketing” atau pun “direct selling”. Dari situ kita sudah tahu ianya ada  tipu-muslihat, kerana mereka ingin menjauhkan istilah MLM drpd perniagaan mereka, kerana ramai anggota masyarakat yang sememangnya sudah beranggapan buruk dengan sistem perniagaan MLM.

      Pada awal tahun 80-an, promoter MLM sudah mula menyedari bahawa masyarakat dunia telah mula menganggap MLM hanyalah sebagai suatu skim piramid yang berproduk, jadi mereka menukar istilah perniagaan mereka sebagai “network marketing”. Mereka mendakwa bahawa sistem perniagaan sebegini adalah satu sistem yang baru dan lebih menitik-beratkan saranan dan pengenalan di antara ahli yang sudah join kpd yg belum join. Sebenarnya bukan nama itu yang penting, tetapi produk yang dijual, mastermind yang pandai mengeksploitasi, serta sistem pemberian keuntungan kepada ahli/peserta itu yang jadi masalah yang utama.



      2. Kebanyakan MLM adalah “recruiting MLM” atau “skim piramid berproduk”.

      Kebanyakan sistem MLM hidup kerana pencarian ahli baru, yang mereka istilahkan sebagai “pencarian pengedar baru”, sedangkan pengedar baru itu jugalah pelanggan produk mereka. 5 perkara akan dapat dilihat:

          *  Pencarian downline adalah tanpa had, di mana setiap penaja mencari ahli baru, dan ahli baru itu pula kini jadi penaja yg mencari ahli baru, dan seterusnya ke infiniti. Tetapi infiniti itu sendiri adalah istilah yang tersasar. Jumlah manusia itu sentiasa terhad.
          * “Kenaikan pangkat” dalam hieraki syarikat bergantung kpd jumlah downline yg dapat dicari, dan bukan prestasi pengurusan atau kewibawaan seseorang ahli/peserta skim MLM itu.
          * Pembelian berulang oleh peserta digalakkan atau juga dipaksa, utk ahli itu mendapat ganjaran komisen dan kenaikan pangkat - “pay to play”.
          * Syarikat membayar komisen atau bonus lebih drpd 5 level atau tanpa had.
          * Untuk setiap jualan produk, bayaran drpd syarikat kepada upline adalah sama atau melebihi drpd jumlah jualan produk oleh semua downline, menghasilkan situasi di mana pencarian downline baru adalah lebih utama drpd penjualan produk itu sendiri. Ini akan menghasilkan peningkatan jumlah ahli secara ekponensial, di mana ia akhirnya akan “collapse”.



      3. MLM yang adil dan menguntungkan itu tidak akan menyerupai MLM yang tipikal.

      Ada syarikat MLM itu yang adil dan lulus undang-undang di mana ianya lebih menitik-beratkan penjualan produk secara terus (direct-sales) dgn harga yang berpatutan dan setara atau kurang daripada harga pasaran awam, dan ianya dapat dinilai melalui kaedah pembahagian keuntungan syarikat kpd ahlinya. 

      Ciri-cirinya termasuklah 
      a). Hanya pembelian kecil produk diperlukan utk layak kpd insentif keuntungan. 
      b). Komisen utk upline adalah tidak melebihi 5 level, dan bayaran itu pula kecil sahaja (1-5%) drpd jualan ahli yg terlibat. 
      c). Lebih drpd 50% komisen dan keuntungan yang diagihkan oleh syarikat pula dapat kepada ahli yang menjual produk. Inilah syarikat yg dipanggil sebagai “retail-MLM”. Ianya tidak mempunyai kesemua 5 ciri di atas dalam perkara 2.



      4. Jika difahami secara mendalam, MLM yang terkenal berkemungkinan ada penipuan dan secara teknikal melanggar undang-undang.

      Hampir semua MLM ada ciri putar-alam di mana terdapat pencarian ahli yang berterusan tanpa henti, yang mana ianya menjanjikan keuntungan yang berterusan kpd ahli teratas, tetapi akhirnya akan menyebabkan kerugian kepada majoriti besar ahli yg join. Dan CEO dan org teratas juga dapat keuntungan yg besar awal-awal lagi, bila ahli-ahli bawahan membeli produk untuk “stock-up” supaya dia dapat untuk “play the game” (iaitu, ahli yg join akan beli sejumlah produk dgn bayaran penuh utk join skim MLM tersebut, tetapi prospektif pelanggannya itu sendiri masih belum pasti boleh dia dapati). Situasi ini juga boleh diklasifikasikan sebagai “theft by misrepresentation” (penipuan melalui putar-belit).

      Rata-rata orang yg waras dan cekap berniaga tidak akan menyertai jenis MLM yang mempunyai sistem perniagaan yang keuntungannya lebih kpd pencarian downline dan bukan drpd jualan produk kpd pelanggan. Banyak MLM yg tidak bertapak di bumi nyata. Skim-skim sebegini adalah menyalahi undang-undang di hampir semua negara barat kerana ianya melanggar “statutes” tentang skim piramid dan jualan penipuan. Daripada data yang ada dikaji terhadap lebih drpd 350 syarikat MLM di Amerika, MLM secara amnya bukanlah peluang utk dapat untung, tetapi sebenarnya adalah peluang yang sangat baik utk dapat rugi.



      5. Mangsa MLM jarang buat laporan - itu yang jadi masalahnya.

      Dalam menangani masalah penipuan dalam perniagaan MLM, masalah utama di mana tidak terdapatnya tindakan drpd pihak berkuasa adalah kerana jarangnya ahli masyarakat membuat aduan terhadap syarikat-syarikat tersebut. Hanya selepas sesuatu skim telah “crash” dan mastermind telah mengaut keuntungan dan lesap lari ke Taiwan atau Hong Kong... barulah mamat dan minah tu semua nak buat laporan.

      Ini berkait dengan sifat di mana ahli sesuatu skim telah dihasut dan dipengaruhi (brainwash) bahawa jika mereka gagal dalam perniagaan tersebut, itu adalah salah mereka sendiri, kerana mereka tak cekap buat kerja (tak dapat cari downline macam mereka-mereka yg telah berjaya). Mereka juga tidak melaporkan hal sebegini kpd pihak berwajib, kerana yg hendak dilaporkan itu adalah upline/downline yg rata-ratanya adalah kenalan atau ahli keluarga yg terdekat. Ini adalah satu senjata tersembunyi utk setiap syarikat MLM yg jadi parasite dalam dunia ini. Peserta juga takut untuk membuat laporan kerana mereka sendiri terlibat dalam penipuan perniagaan MLM tersebut, walaupun sebenarnya tanpa sengaja. Ini adalah keadaan “catch-22” di mana kpd peserta yg join, dia sudah cari downline utk cover modal, jadi dia pun byk kencing orang jugak... macamana nak report? Nanti diri sendiri pun salah. Dan mastermind serta org atasan memang tahu fakta ini, dan ianya juga jadi daya penarik utk mereka terus buat kerja laknat ni. Jenis manusia yang tak kesah aniaya manusia lain, utk dapat rezeki beli buku sekolah anak-anak, bagi sedekah kat masjid. Real screwed-up people.

      Sebenarnya, banyak syarikat ( BUKAN SEMUA ) MLM adalah institusi yang penuh dengan penipuan kpd orang-ramai dan penipuan kepada diri sendiri juga.  Ia juga mempunyai kesan “fear and denial” kpd peserta yg join. Contoh macam cerita “Emperor’s New Clothes” di mana semua tak berani nak cakap perkara yang sebenarnya kerana takut kpd emperor tu... dan kemudian datanglah Aidid Mu’addib nak beritahu semua orang.... “The emperor is naked!”.

      Akhir sekali tentang ini, jika tidak ramai yg report pada KPDNKK, pihak berwajib tidak akan terdesak untuk mengambil tindakan kpd syarikat-syarikat MLM yg parasite sebegini. Jadi hieraki teratas sesebuah MLM terus kaya-raya hasil wang “sedekah” downline-downline yang kat bawah-bawah sekali. And the game goes on!



      6. Pihak berkuasa tidak cukup pegawai dan kemahuan untuk melindungi pengguna drpd syarikat MLM.


      Kecuali dalam beberapa kes, pihak berwajib baik di peringkat kebangsaan, mahupun negeri tidak mempunyai masa dan maklumat yg cukup untuk mengejar dan menyelidik semua kesalahan syarikat MLM, yang secara dasarnya mempunyai ciri putar-alam yg rumit. Kerumitan dalam mentafsir dan mengaudit akaun dalam sesebuah syarikat MLM ini menyusahkan pegawai-pegawai yg terlibat, di mana dianggarkan satu-satu kes MLM memerlukan 20 kali ganda “resources”, baik dari segi tenaga atau pun masa, untuk disiasat. Lagi pulak, pegawai-pegawai KPDNKK... sebagai contoh, tidak akan dapat memahami sepenuhnya modus operandi MLM secara terperinci kerana ciri-ciri keuntungan MLM itu sendiri selalunya disembunyikan oleh syarikat dengan berbagai cara perakaunan yang kompleks. Itulah namanya MLM... 5% keuntungan pegi ke sini, 20% pegi ke sana, mastermind ambik 40%, ada bonus tajaan, ada bonus rangkaian.... dan ada 13,000 ahli... mak ai!

      Jika sesebuah MLM itu pula menjangkaui sesuatu sempadan sesuatu “daerah” (region, country), sebagai contoh, syarikat besar yang berpusat di Amerika tetapi ada cawangan di Malaysia, dan ianya mengunakan komunikasi melalui panggilan antarabangsa serta internet dan facebook... bukan ke susah nak pantau senario begini? Sebenarnya, jika ada satu syarikat MLM didapati melanggar undang-undang dan berjaya didakwa, ada beratus lagi yang bermaharajela mencari ahli baru dan meneruskan “perjuangan” mereka mengumpul duit hasil penipuan sebegini. Inilah dunia perniagaan alaf baru... janji dapat profit. Etika perniagaan, malah etika sebagai seorang Islam dan etika kemanusiaan buang sahaja ke luar tingkap.

      Dari segi implementasi undang-undang penipuan pengguna, kesalahan penipuan syarikat konvensional itu jauh lebih senang didakwa drpd penipuan syarikat-syarikat MLM tersebut. Dan bila mana syarikat MLM di Amerika atau Eropah sudah dibongkar dan didakwa di negara mereka sendiri, syarikat  itu pula akan berpindah ke negara-negara lain yg lebih mundur, baik dari segi kekayaan mahupun mundur drpd segi undang-undang, seperti.... Malaysia. Dan seperti yg kita lihat, lepas satu-satu syarikat MLM Amerika menjejak kaki ke Malaysia dalam 2-3 tahun ini, dengan adanya kemudahan facebook... wow! Facebook memang special. mangsa MLM berkeliaran cari mangsa lain 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

      Nak tahu pasal isu politik pulak? Kerajaan Amerika itu sendiri menekankan pengaruh politik (political lobbying) kepada negara-negara ketiga untuk menerima syarikat-syarikat MLM yg tidak lebih drpd lanun perniagaan, tetapi bertopengkan “direct-selling”. Jenis perniagaan MLM sebegini sebenarnya adalah satu cara untuk menyalurkan keuntungan wang-ringgit drpd rakyat sesuatu negara tersebut kpd negara Amerika... satu cerita lumrah yang sudah berlaku berpuluh tahun. Sebenarnya, ia sendiri akhirnya akan dapat   mengeruhkan hubungan diplomatik antara negara-negara yg terbabit.

      Hanya satu sahaja perkara baik yg timbul drpd kesemua yg dibincangkan di atas. Kepada mereka yg telah “crash & burn” dan sudah serik daripada menyertai syarikat MLM, mereka sendiri akan jadi lali dengan ajakan baru drpd syarikat dan kuncu2 MLM lain... sehinggakan ada bekas ahli MLM yang jadi pejuang anti-MLM yg sungguh tegar, gitu. Tetapi ya... kepada yg pernah terjerat dan mengalami kerugian dalam sesuatu syarikat MLM sebelumnya, dan kemudian menyertai syarikat MLM yg lain pulak... haiya! Memang mangkok hayon betul! Inilah jenis manusia yg tidak belajar drpd kesilapan, dan inilah juga jenis orang yg disayangi oleh syarikat-syarikat MLM. Cinta sehidup-semati dengan rezeki mcm ni.... ya bang, ya kak?



      7. Promoter MLM sangat bijak buat rasionalisasi tentang penipuan MLM, sehingga berlakunya juga rasionalisasi kepada diri sendiri.

       Saya pernah lihat dan terbaca di merata tempat tentang promoter skim MLM yang begitu licik dalam menerangkan dan merungkaikan keperluan ekonomik dan kebaikan sesuatu MLM... satu rasionalisasi yang saya pasti dia sendiri percaya dan taksub gila baboon tentangnya. Ramai kuncu2 terdekat mastermind/CEO hanya dapat melihat keuntungan drpd kerja yang mereka lakukan, dan tidak sedar tentang implikasi terhadap mereka yang join kemudian, yg akhirnya akan mengalami kerugian, dan seterusnya tidak akan diketemui lagi selepas itu. Promoter MLM perlu meneruskan kaedah orang atas kepada org bawah untuk terus “survive” dalam perniagaan mereka dan untuk terus berkembang. Penipuan... termasuk penipuan kpd diri sendiri adalah keperluan hidup dalam kehidupan manusia sebegini. Kalau tidak, sistem MLM tidak akan dapat berjaya, kerana mereka yang ada rasa bersalah akan menyebabkan perkembangan perniagaan MLM itu terbantut. Jika semua orang tahu kadar kejayaan dalam MLM dengan jelas (iaitu 20.1% kaya, 99.9% tak kaya), perniagaan jenis MLM ini akan berkubur terus. Ini yg perlu dihalang drpd berlaku dari pandangan mereka yg berkecimpung dalam bidang MLM ini. 

      Katanya MLM dia tulus dan halal. Sebenarnya dia sendiri uplinenya sahaja yg ajar, atau pun dia sendiri hanya pergi kursus yg dianjurkan oleh syarikat MLM tersebut, dan dia senang sungguh percaya setiap perkataaan mastermind MLM tu. MLM itu banyak bentuk dan byk permutasinya, jadi kita perlu banyak mencari maklumat  yg penting, supaya senang kita memahami di mana ciri-ciri sesuatu MLM itu 

      Siapa yg nak join kalau orang-ramai tahu bahawa secara statitistik kurang drpd 20% peserta dalam sesuatu skim MLM yg benar-benar jadi kaya (dengan duit orang lain pulak tu), dan bukan pula drpd hasil keuntungan jualan produk sepenuhnya? Ini setelah diambil kira selepas menolak nilai modal belian barangan “up-front”, duit minyak dan duit makan, dan modal yg digunakan semasa mau kasi prospek supaya terpengaruh kepada sistem biz, kat kedai mamak tu... you know, minum-minum, makan-makan. Adakah anda semua tahu bahawa fakta-fakta tersebut sudah jadi bahan jenaka zaman-berzaman di kalangan mereka-mereka (dan kami ini) yg sudah masak dengan topik perniagaan sebegini?

      Ada pula satu lagi aspek tentang skim MLM ini yg kita boleh lihat dengan jelas jika kita perhatikan betul-betul. Penghayatan peserta kepada budaya yg diterapkan oleh MLM itu hampir seperti penghayatan kepada agama... taksub sungguh. sampai dia mahu bersyarah setiap hari kepada sesiapa sahaja yg dia jumpa. Ada juga pernah saya terjumpa seorang ustaz, guru agama sekolah menengah (tetapi yg masih muda) berkecimpung buat MLM dan sekaligus mengajak dan bersyarah kepada kawan-kawan dan anak-anak muridnya tentang kebaikan MLM yg diceburinya. Kena belasah dengan saya, terus resign (drpd buat MLM). Itu yang saya tahu la, kalau dia bukan belakang-belakang, entah la pulak. Tapi... inilah jenis ketamakan yg berlaku pada manusia bila “brainwashing” tentang kemewahan dunia itu berjaya diterapkan dalam kepala otak sesetengah orang.


      8. Musuh utama dalam sistem penyalah-gunaan MLM adalah cara pembahagian keuntungan dan pencarian downline - yang dipanggil sebagai “system-fraud”.

      Susah untuk menentukan siapa orang sebenar dalam sesuatu sistem MLM yg besar, tetapi yg pasti, CEO atau mastermind itu sudah semestinya bertanggung-jawab terhadap wujudnya suatu sistem perniagaan yg mementingkan pencarian downline tanpa had, yg mana downline itu yg sepatutnya menjadi jurujual, rupanya adalah pelanggan sebenar kpd orang-orang atasan tadi. That’s where the real money is! Ini yang dipanggil sebagai satu “SYSTEM FRAUD”, kerana perniagaan itu sepatutnya dapat keuntungan drpd penjualan produk kpd pelanggan, bukan pulak dapat keuntungan drpd pencarian distributor/reseller/ahli/members/affiliate/whatever. Yang sebenarnya dapat keuntungan besar adalah ahli yang join dulu, ahli-ahli yang kata atas sekali dalam sesuatu syarikat MLM. 


      Ramai yg mempromosi sistem perniagaan MLM itu adalah mangsa MLM jugak, yang mana akhirnya mereka akan kehabisan modal, dan terus lesap menanggung kerugian, sedangkan aktiviti mereka yg lesap itu tadi telah menyumbangkan sejumlah wang kpd keuntungan hieraki teratas. Mereka inilah yg menyerap kerugian yg besar dalam perniagaan berasaskan MLM, dan memandangkan mereka ini semua jarang komplen ke pihak KPDNKK... THE GAME GOES ON!



      9. Walaupun MLM banyak yang menipu, MLM itu sendiri terus bertahan, dengan berkembang ke negara lain untuk mengekalkan pencarian downline.

      Saya rasa jika anda berfikir bahawa, jika semua MLM adalah skim piramid yang bertopengkan perniagaan networking dan “direct-selling”, ianya akan “crash” akhirnya... betul? Sebenarnya, MLM jenis pencarian downline ini adalah sistem perniagaan piramid yg paling lama dapat bertahan kerana ciri-ciri yg sangat rumit, sehinggakan pihak berkuasa sukar untuk mengenal-pasti di peringkat mana penipuan itu berlaku, dan ianya memerlukan akauntan atau pakar ekonomi yg mahir untuk membongkar semua rahsia perniagaan tersebut. Perniagaan MLM yang menipu dan seterusnya dapat dibongkar pula adalah selalunya jenis penipuan yang terlalu besar, sehingga terlalu banyak mangsa terlibat, jadi pihak berwajib akan terpaksa bertindak. 

      Tetapi, seperti yg kita sedia maklum, selalunya si mastermind termasuklah CEO, sudah pun selesa menetap di Hong Kong atau Shenzhen, atau Vancouver... dengan rumah besar yang ada swimming pool dan rumahnya pun dekat aje dengan golf-course. Hai! Itulah dunia businessman dajjal.

      Seperti yang telah diterangkan di atas, apabila prospek downline sudah habis di sesuatu kawasan perniagaan (tepu), syarikat MLM akan menghantar promoter terulung mereka ke tempat atau negara lain. Dan mereka akan buat ceramah keusahawanan di Malaysia tentang peluang perniagaan baru yang serba canggih dan pasti menguntungkan, dan dia kan cakap, jika anda tak join, anda akan rugi besar. 


      Contoh yang ketara yang telah berlaku dalam 20-30 tahun ke belakang ini... syarikat Amway. Bila mana pasaran di seluruh dunia menurun dengan produk Amway, syarikat tersebut membuka divisyen baru yang dikenali sebagai Quixtar dan Nu Skin serta Big Planet dan Pharmanex... dan proses pembangunan rangkaian MLM itu dilakukan semula berulang-ulang, untuk setiap divisyen. Insentif yg lebih hebat dipersembahkan utk menarik lebih ramai ahli yg nak berniaga cara Amway, walaupun ianya telah dibuktikan tidak berkesan secara kumulatif dan jangka-panjang. Yang rugi terlalu ramai berbanding yg untung jika mengikut sistem MLM ini. Yang hairannya, ramainya la pak turut yg tak serik-serik.



      10. Plan Pembahagian keuntungan yang lebih kepada pencarian ahli daripada pencarian pelanggan, sekaligus menjadikannya “direct-selling” yang melanggar undang-undang.

      The Direct Selling Association (DSA) di Amerika mentafsirkan “direct-selling” sebagai “penjualan produk atau perkhidmatan, orang-ke-orang (person-to-person), di mana sahaja, tidak di tempat yang tetap”. Dalam tafsiran ini, syarikat MLM memanggil sistem perniagaan mereka sebagai perniagaan jualan terus. Tetapi baik di Amerika, mahupun di Malaysia, definasi di atas tidak menyatakan bahawa sistem jualan terus tersebut yg lulus AJL1993 adalah bukan:

          * Ahli cari ahli tanpa had, berperingkat-peringkat, tanpa putus.
          * Menjanjikan peningkatan keuntungan dan kenaikan pangkat drpd pencarian downline, dan bukan dengan cara perlantikan.
          * Memerlukan atau terpaksa menggunakan insentif tertentu untuk pembelian produk untuk melayakkan ahli kpd komisen dan dan kenaikan pangkat dalam skim MLM tersebut.
          * Membayar pengurus perniagaan melebihi daripada apa yg munasabah bagi sesebuah syarikat. Syarikat besar (seperti Panasonic, Toyota, Intel, dll) mendapati bahawa sesebuah negara boleh diliputi dengan 4 peringkat pengurusan sahaja (HQ, country, state, town).
          * Insentif untuk pencarian downline yg berlebihan, disamping insentif yg kecil untuk menjual produk kpd pelanggan. Dalam banyak MLM, reseller atau distributor yg join syarikat itu sendiri adalah pelanggan dan jarang terdapat pelanggan yg benar-benar tulen.



      Rumusan susulan:

      OK... secara ringkas, MLM yg mencari ahli berbilang peringkat adalah suatu sistem perniagaan yang bergantung kpd pencarian ahli baru untuk menggantikan ahli lama yg telah patah semangat dan keluar drpd sistem tersebut, untuk ianya terus hidup sebagai satu syarikat, di mana peningkatan ahli tersebut adalah berbentuk piramid. Jadi, ianya hanyalah suatu rentetan pencarian ahli baru tanpa putus-putus, di mana ahli itu (yg sepatutnya adalah reseller atau distributor) adalah pelanggan syarikat MLM itu sendiri. Ia adalah sejenis “pseudo-business” (perniagaan atas angin) tanpa ada pelanggan tetap untuk jualan ulangan dan bergantung kpd jumlah rangkaian jurujual yg 99% akan kerugian pada akhirnya, bila syarikat MLM ini bungkus. Kadar kerugian yang sangat tinggi daripada menyertai syarikat seperti ini, menjadikannya lebih teruk daripada mana-mana skim piramid. Skim piramid itu tiada produk, perlukan orang yang benar-benar dungu dan modalnya adalah one-off dan selalunya kecil. Sedangkan dalam MLM, ianya melibatkan pengeluaran sejumlah modal yang besar kerana adanya produk untuk dibeli terlebih dahulu (stock-up), dan bayaran “up-front” adalah mandatori. Jadi, modal besar, ruginya pun besar jugak.

      Jadi, syarikat MLM sebegini adalah suatu sistem perniagaan yg sungguh tidak wajar yang menjanjikan pendapatan residual dan berterusan, tetapi sebenarnya memberikan keuntungan yg sangat sedikit dari segi jangka-panjang dan musnahnya hubungan baik antara setiap mereka yg menyertainya serta hilangnya integriti dan rasa hormat sesama manusia. Syarikat MLM terus kekal berfungsi dengan pencarian ahli baru yg berterusan, bila mana ahli lama yg telah melabur keluar drpd sistem (yg tidak faham sepenuhnya apa yg berlaku - sehingga ada yg menyalahkan diri-sendiri kerana kegagalan peribadi itu). Mangsa drpd sistem MLM selalunya tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu, jadi mereka jarang melaporkan perkara ini, dan pihak berwajib tidak pula bertindak terhadap syarikat-syarikat tersebut tanpa bukti yg kukuh.

      Jadi, untuk menjadikan sesuatu sistem MLM yg mencari ahli baru berperingkat-peringkat itu berjaya, seseorang ahli itu perlu ditipu, dan dia perlu menipu diri sendiri, dan dia akan seterusnya menipu orang lain. Ini yg digelar sebagai “THEFT BY DECEPTION”. Hanya sedikit sahaja jumlah ahli yg tahu dan faham di mana penipuan ini berlaku, dan mereka ini sedar bahawa itulah caranya sistem MLM itu hidup dan itulah caranya mereka mengayakan diri sendiri. Itulah orang-orang atasan dalam sesebuah syarikat MLM, yang belajar ekonomi atau akauntansi, dengan tujuan untuk mengayakan diri dan bukan bertujuan untuk kesejahteraan masyarakat umum. Mereka jugalah yang menunjuk-nunjuk kereta besar dan rumah mewah, dengan tujuan untuk mencanangkan bahawa diri mereka telah berjaya dalam bidang perniagaan, sekaligus jadi daya penarik kepada prospektif downline atau prospektif ahli sesebuah MLM tersebut. Daya tarikan materialisme yang sengaja digembar-gemburkan, kerana ini adalah satu cara utk mengajak orang lain supaya menyertai sesuatu MLM itu.



      p/s: cerita ini adalah berkenaan dengan sesetengah syarikat MLM dan bukan kesemua. walaupun kebanyakannya memang macam itu. 

      bagi mereka yg sudah masuk, kaji semula sistem hierarki MLM dan bagi yg belum,dan ingin masuk, pilih betul2 dan buat keputusan yg tepat supaya tidak menyesal dikemudian hari. jangan dah terhantuk baru terngadah...





      Friday, November 05, 2010

      mimpi bertemu Rasulullah S.A.W


      bagi sesiapa yg sedang stress di rumah, tekanan di tempat kerja, atau jiwa sedang memberontak, elok lah baca nukilan ini....moga kita dapat syafaat daripadaNya...

      cerita ini adalah kisah yg aku ambil dari nota seorang kawan. sebab bagi aku, tiada sebab untuk kita tidak menyebarkan berita gembira ini dan harap2 kita pun menjadi salah seorang  daripada yg beruntung...

      dan terus terang aku katakan air mata aku mengalir, jiwa aku sebak tatkala aku membaca penuh nota ini sebab kerinduan yg teramat sangat untuk bertemu Baginda, Rasulullah s.a.w, Pemimpin Umat ISLAM, penyelamat kita bila kita berada di Padang Mahsyar kelak, dan Penghulu sekalian ummat...

       tapi apakan daya, aku tidak sehebat itu...
      harap Tuhan dapat berikan kita kelebihan itu satu masa kelak...

      Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.


      Assalamualaikum w.b.t 

      Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

      Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

      Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

      Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

      yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
      tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

      Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah

      di universiti ini.

      Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

      Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah

      sepanjang hari.

      Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

      perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

      Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit

      yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

      Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin

      Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

      Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh

      kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

      Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

      Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

      Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp

      diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

      Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

      Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

      Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

      Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

      Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti

      akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

      Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku

      tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

      Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

      daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. 

      Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

      “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

      Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

      Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

      Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

      “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

      Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

      Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di

      situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

      Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan

      betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

      Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
      Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
      Mencintainya suatu kemuliaan…

      Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

      Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)


      (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
      sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
      banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

      Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini. 

      Tuesday, November 02, 2010

      Amanah Saham Bumiputera ASB

       bila sebut saje ASB semua orang tahu itu bermaksud Amanah Saham Bumiputera kn.???


      meh bia aku terangkan sikit definisi ASB nii...

      ASB is a term of loan offered to Bumiputera customers to finance the purchased of ASB unit trusts.. 


      ASB  dijamin oleh Perbadanan Nasional Berhad ( PNB ) dan adalah salah satu sistem pelaburan yg berisiko rendah

      wang yg dilabur dalam ASB akan dilaburkan sekali lagi ke dalam syarikat yg menjalankan perniagaan berisiko rendah bagi menjaga  hati dan perasaan    pulangan wang pelabur


      low risk
      high risk
      sawit
      forex
      perumahan
      saham
      getah
      MLM


      ASB = Low Risk Investment =  Smart = Dont Worry + be Happy 

      kelayakan =
      1 ) akil baligh = berumur minimum 18 tahun yg sudah mampu menyebut perkataan "fikir demi masa depan" dan "harap2 penulis blog ini cepat2 la kaya"
      2.) perut kenyang = supaya mental tidak dipengaruhi perut lapar yg berbunyi kruuukk..kruukkk dan supaya mampu buat penilaian yg betul semasa hendak memulakan langkah melabur
      3.) mykad biru = ape2 pun perlukan kad biru ni skarang. xkan la korang nk biarkan golongan kad merah yg beli keistimewaan korang ni an...
      4.) bukan tanah liat = bukan untuk mereka yg jenis seksa nk membayar walaupun nak keluarkan 20sen daripada kocek mereka.
      5.) sabar =  apa2 je yg berkaitan dengan pelaburan mesti ade sifat ini. kalau xnak , kerja jela makan gaji sampai lebam..


      kelayakan sebenar cuma berumur 18 tahun dan bawa buku ASB je, yg lain2 aku edit2 sikit sebab itu yg menjadi benda penting sebenarnye supaya Bank Negara Malaysia not suffer from NPL ( non-profit loan )
      =P


      kelebihan = 
      1.) dividend + bonus = setiap 31 December, duit boleh dijoli sakan beli kain batik 5helai dan boleh dinikmati ( 7% - 11% per annum) 
      2.) future = bila dah tua naty xla sesak merempit merempat kat tepi jalan, mintak sedekah, dok rumah orang2 tua dan sakit hati bila anak da mula derhaka kat korg.
      3.) beli rumah baru = bila da cukup tempoh matang, boleh laa tambah asset dan tambah bini lagi 2,3 orang. duit da masyuk an... tu jela benda berfaedah yg boleh difikir..betul x???
      4.) amal = ingat2 kubur dan sedekah lebih banyak kt anak2 yatim dan buat duit tu untuk pergi haji


      tempoh =
       minimum menyimpan selama 10 tahun dan maksimum menyimpan selama 25 tahun atau umur mencecah 65 tahun atau mana2 lebih awal atau mana2 yg bye2 dulu... 

      ASB ade beberapa kategori pelabur =
      1.) pelabur 1 = mereka yg menyimpan sendiri sejumlah wang yg banyak dan dilabur dalam Amanah Saham Bumiputera...
      2.) pelabur 2 = mereka yg meminjam sejumlah wang daripada bank untuk dilaburkan semula...
      3.) pelabur 3 = mereka yg hangat2 taik ayam, angan2 mat jenin kata nk hidup senang diusia tua nanti tapi kickstart ape pun xnak buat dari sekarang. melabur dalam jamban je hari2...ape pun xbole laa orang macam nii...



      pelabur 1 = simpan duit sendiri = untung sendiri = disiplin = tidak menanggung variable  interest dan BLR...
      pelabur 2 = simpan duit menggunakan pinjaman bank = disiplin = dividen berganda sebab ade jumlah yg banyak...

      pelabur 3 = simpan duit..ewmmm..duit = wang = money = mani...tu jelaa benda yg korg tawu ehh.?? cehhh...


      kebanyakan sekarang orang memilih kaedah pinjaman ASB sebab mudah dan senang, walaupun terpakse menanggung interest.
      dividend dapat lebih banyak, berganda2 daripada simpanan ASB sendiri yg memerlukan disiplin yg tinggi untuk konsisten setiap bulan


      tapi, kalau korg fikir boleh untung buat loan ASb dengan dividend yg ditawarkan
      cuba korg fikir balik...
      xkan bank pulak nk menangung kerugian bayar dividen korg.,
      bank xkn nak mempekenalkan produk yg bank akan rugi..kiranya dalam kes ini, sama2 untung la jugak...walaupun aku rase bank untung lebih =)

      kalau interest 5.25% per annum selepas tolak BLR, memang la untung...
      cuba kalau tahun2 depan bank letak interest 12% per annum.? 
      xkira la berapa BLR yg bank tawarkan sekalipun....
      caner agaknye nk bayar interest tu kn.???


      bagi aku kn....untung atau rugi ASB ni bergantung dengan bagaimana pelabur melihat skim itu dan kebijaksanaan pelabur semasa menyimpan dan mengeluarkan duit dividen...
      jangan hanya fikir tempoh matang selepas 20-25 tahun sahaja...


      tapi dalam memilih term loan dan interest antara bank, buat keputusan dengan tepat.
      jangan buat keputusan terburu-buru tanpa membuat pengiraan terlebih dahulu...


      figures never lie... i love that word   =P



      meh usha caner contoh pengiraan dividen ASB pulak...


      PENGIRAAN DIVIDEN ASB
       

      dalam menilai pulangan ASB, Dividend dan Bonus adalah berlainan sama sekali formula kiraan nye..sebab ini cuma simple math dan xde kaitan langsung dengan Persamaan Linear ataupun Kamiran...

      katakan tahun ni PNB umumkan dividend 8.0% dan Bonus 1.5%
      jadi, keuntungan setahun adalah   8.0 + 1.5 = 9.5%  betul..???

      waaaaaaahhhh, untunglaaaa...banyak cantikkk....
       
      Dividen ASb dibayar mengikut baki purata minimum sepanjang 12 bulan yg lepas( setahun )...
      Bonus ASB dibayar mengikut baki purata minimum sepanjang 120 bulan yg lepas (  10 tahun )...
      Bonus ASB 1.50% hanya akan dapat penuh, kalau baki purata minimum pelabur kekal tidak berubah sepanjang 120 bulan tersebut


      kalau baru mula melabur tahun lepas, jangan la nk berangan nak enjoy duit Bonus tu kat TGI Fridays. bonus yg korg dapat bukan 1.50%, tapi around 0.1% je kn.???


      meh aku tunjuk pulang draf pulangan dividend setiap tahun yg bakal dijoli oleh kaki suka joli yg xde mase depan ini....lagi bagus kalau korang simpan je oke  =)



      minimum ASB Loans = RM10,000           minimum tenure = 10 years
      maximum ASB Loans = RM200,000        maximum tenure = 25 years

      cth : 
      ASB Loan = rm 50,000
      tenure = 25 years ( 300 months )


      > katakan dividend tahun ini PNB sahkan sebanyak 8% keuntungan...
      >>> kadar inflasi tidak dikira..
      >>> wang keuntungan ASB tidak dikeluarkan langsung dan dikekalkan sepanjang tempoh 25 tahun...
      >>> pinjaman ASB mula disburse iaitu bermula semenjak awal ashaari    permulaan tahun  = 1 Januari = new year...
      dividend sebelum dan selepas inflasi 1998
      paling meletop tahun 1996
      sebab tu otai2  msh lg percaya dgn ASB




      LOAN
      RM50,000

      THN
      + 8% DIVIDEN
      KEUNTUNGAN


      1
      4000
      54,000

      2
      4320
      58,320

      3
      4666
      62,985

      4
      4,039
      68,024

      5
      5,442
      73,466

      6
      5,877
      79,344

      7
      6,347
      85,691

      8
      6,855
      92,547

      9
      7,404
      99,950

      10
      7,996
      107,946

      11
      8,636
      115,582

      12
      9,327
      125,909

      13
      10,073
      135,981

      14
      10,878
      146,660

      15
      11,749
      158,608

      16
      12,689
      171,297

      17
      13,704
      185,001

      18
      14,800
      199,801

      19
      15,984
      215,765

      20
      17,263
      233,048

      21
      18,644
      251,697

      22
      20,135
      271,827

      23
      21,745
      293,573

      24
      23,466
      317,859

      25
      25,365
      342,424

      * kiraan ini hanya kiraan kasar
      ** kiraan ini tidak termasuk Bonus
      *** kiraan ini hanya kiraan keuntungan dan tidak termasuk modal pembayaran pinjaman dan variable interest

      bagaimana cara korg nak melabur, itu terpulang pada kebijaksanaan, pilihan skim, dan pilihan bank masing2...

      ada yg kata buat ASB Loan lebih untung daripada simpanan bulanan melalui ASB sebab ASB Loan pulangan dividend berganda tapi ada jugak yg tidak menyokong...


      renung-renungkan...
      dan selamat membuat pelaburan bijak  =)


       AMRAN   AMARAN MESRA KAWAN

      => pastikan setiap duit divident yg dikeluarkan, TINGGALKAN BAkI DIVIDEND minimum rm 300++
      => jadikan la tabiat bila da dapat gaji tu, mula la menyimpan dahulu sebelum meng'enjoy' supaya ade mase depan sikit bila da tua @ sesak nanti...
      = > bijak2 laa menyimpan sebelum nk joli habis-habisan duit free dividen ASB ni...


      tahniah kepada mereka yg dah mula melabur dalam Amanah Saham Bumiputera ASB

      tapi perasan x...

      masih ramai lagi yg belum nampak apa yg ada depan mata, semua nk guna cara susah..
      kepada mereka yg layak untuk membuat ASB....
      BUKA LAH MATA dan mulakan langkah bijak anda...


      yang menguap dan lapar,
      muhammad hilmi saifullah bin abdul rahim
      a.k.a 
      jake meister
       
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...